Wednesday, October 14, 2009

Welcome again!!...my new born baby!!


Saya sudah ade blog br..yey!!!my new born baby!!...hanya 'orang2' tertentu sahaja yang tau..knape? yes! untuk mengelakkan perkara2 yang perlu dielakkan..kerana meng'delete' dan meng'edit' tidak akan berlaku lagi...ahaks!!..blog kali ini pasal diri saya, family, kengkawan juga si dia...:)

Free and easy!!:)

jom kita ke blog....????...tet....hihi


Friday, October 2, 2009

Thanks!





Mee Bandung Kering...All the best!!...Ade hikmah disebaliknya...trust me k...

Salam...-end-

Thursday, October 1, 2009

Selamat Tinggal...





Salam.

Post di bawah ini adalah post terakhir dariku untuk 'Cerita Tentang Aku'.  Berhenti menulis bukan bermaksud aku kalah, aku cuma mahu tinggalkan dunia blogging ini buat seketika...Insyaallah aku akan kembali tetapi di entri yang lain...bila?..masih tidak dapatku jawab...

Sedih...benar...kerana blog inilah menggantikan tempat sahabatku tempat aku meluahkan dan berkongsi apa jua. Menjadi medium kedua pengganti sahabat.  Tetapi bilamana setiap post yang aku draftkan akan menimbulkan masalah aku jadi serik..serik untuk segalanya...ya..ini blogku.  Bak kata seseorang 'Blog ni xde standard sirim sesiapa'...benar...tapi aku masih melakukan sesuatu itu demi kebahagian orang lain.  Aku hampir hilang 'privacy' untuk blog ini.  Untuk itu, biarlah aku berhenti seketika sehingga suatu masa nanti..itu pasti...aku akan kembali...

Aku mohon maaf jikalau sekiranya sepanjang aku meng'post' segalanya telah membuat orang yang membacanya sedih, terasa, kecewa atau apa2 jua perasaan.  Aku hanya ingin meluahkannya tiada niat lain.

Insyaallah, Blog 'Cerita Tentang Aku' akan disambung semula oleh keturunanku kelak...Suatu Masa Nanti...Itu Pasti...Kisah kehidupanku akan aku riwayatkan di tempat yang lain......

Selamat tinggal 'CERITA TENTANG AKU'....air jernih masih tidak henti menitis...

Salam.

: 4.00 : a.m.

Alhamdulillah..

Salam.

Selepas pertemuan itu semalam, kini aku sudah boleh menghembus nafas lega...lega dengan segalanya yang bermain-main difikiranku.  Aku sekarang bebas melakukan apa-apa tanpa perlu menipu, berlakon, malah perbuatan yang terpaksa mencuri-curi.  Semalam, akhirnya masa yang aku tunggu2 telah tiba.  Pertemuan mata bertentang mata, muka bertentang muka, berkongsi rahsia hati.  Aku puas dan sedikit tenang.  

Tidak sia-sia keputusanku untuk berjumpa dengannya.  Dan malam semalam juga aku yakin yang segalanya berjalan dengan lancar.  Alhamdulillah, kami bermaafan antara satu sama lain walau aku yang lebih bersalah tapi niat kami baik..'nawaitu' kami baik.  Perbicaraan itu dilakukan dengan adil sekali.  Walau tidak bertemu bertiga, aku rasa itu sudah cukup untuk menjernihkan air yang hampir keruh...menghubungkan kembali ikatan sahabat yang hampir terlerai..kami masih berkawan...tetap akan berkawan walau apapun terjadi.  Walau semalam masih ade air jernih jatuh di pipi.

Sepertimana yang aku harapkan daripadanya, 'No more tears after this'..itu harapanku.  Aku sudah pun clearkan segalanya, walaupu tidak semua tapi cukuplah membuat mereka tenang...kerana aku juga ingin tenang.  Tenang dan bebas melakukan segalanya...segalanya yang baik...Insyaallah...

Aku ingin kongsikan kegembiraan ini bersama semua orang...

Aku gembira...:)

: out : 2.30 a.m.

Monday, September 28, 2009

Percaya atau tidak…


Nak percaya atau tidak…harapan…kata-kata…mungkin ia satu penipuan…mungkin ia satu kebetulan atau mungkin ia benar datang dari dalam hati…hmm…kata-kata lelaki ni kadang-kadang boleh percaya, kadang-kadang was-was…aku, seorang yang senang untuk mempercayai sesuatu juga senang mempercayai kata-katanya…dan dengan itu aku berharap agar kepercayaan itu masih jelas dan harapan agar jangan musnahkan kepercayaanku…

Lelaki…

“Lelaki semua sama”…ayat yang biasa dipertikaikan oleh kaum hawa…benarkah?...bagiku…tengok orang tu camne…ade yang sama…ade yang boleh percaya…kadang-kadang kata-kata dari lelaki ni hanya nak jaga hati, hanya nak redakan tangisan…hanya nak cover line…ntahlah…mungkin aku ni senang nak percaya orang…tak kisahlah lelaki atau perempuan…Insyaallah, aku masih mempercayai lelaki itu…

….Life is too short to wake up in the morning with regrets.  So love the people who treat you right, and forget about the ones who don’t believe that everything happens for a reason.  If you get a chance; take it.  If it changes your life; let it.  Nobody said that it would be easy; they just promised it would be worth it….

….Kalau dahulu kita mampu mencipta bahagia, mengapa tidak hari ini?  Masa tidak mampu berdusta, sedang hati masih merindui semalam yang penuh kenangan.  Indahnya sukar untuk dilupakan, menyimpannya umpama menelan jadam….


Sunday, September 27, 2009

Tell me the Reason @ Answer!!


Can we act like normal!!!
Forget the past...
Forget all  'kenangan terindah' between u n me..
itu yang Ada tgh buat sekarang...so do you...
BUT...
xkan comment pun nak kecah beb!!
I care bcoz FRIEND!!!...
This is why I am talking about 'Melepaskan Diri'!! (u did it)
and...
U r the one who ask me to 'BSURSICUB4' rite?
I am...but still...Ada dah 'be as i am as u c me b4' ...even its hurt me...tapi...
OR..
U want me to act otherwise?
Tell me...I'm waiting...
For the other person, 'We' still a 'friend'...Forever...Musuh? No way!!!

Aku sudah bersedia untuk 'Penjelasan itu'...anything...
Just tell me 'when'...Just SMS me...I'm ready for it!!!...anytime..anywhere...

: Out : 12.05 p.m.

Friday, September 25, 2009

7 Tahun...

Tajuk kali ini agak special bg aku…nak gelak pun ade, nak menangis pun ade. Menangis bukan sedih tapi terharu…tersenyum sendirian bila teringatkan saat itu…gila ape 7 tahun…tak mungkin…kenapa 7 tahun? Itu yang bermain difikiranku…angka itu sahaja dah membuatku tertawa…tak taulah kenapa. Hehe…sangat mustahil…kalau 7 tahun, confirm aku dapat ‘title’ tu…J…and u know the rest of my words…hehe…

Scarlet…sangat metafora…

To see the Scarlet smile like usual, will be ‘kadang-kadang’…to meet the Scarlet…’jarang-jarang’…but to have Scarlet…Always in dream…

Putera Bunian wearing white cap!!...

Who is this?...hehe…gotcha!!...ahaks…Dear putera bunian, please take a good care of my ‘26268’…hehehe…

Ke Jalan TAR bersama si dia
Mencari baju untuk majlis konvo
Mencari yang lain sudah tiba masa
Sementara menunggu 7 tahun


Wednesday, September 23, 2009

Puas Beraya...Aku Kembali Bekerja...


Alhamdulillah...hari ini, sudah masuk 4 hari umat Islam meraikan Hari Raya Aidilfitri yang penuh dengan kegembiraan dan kesyahduan. Aku juga tidak ketinggalan menyambutnya dengan gembira walaupun tahun ini sekali lagi aku beraya di Subang Jaya. Pengalaman beraya di Bandar jauh berbeza beraya di kampung halaman, dan aku berharap agar ramadhan yang akan datang dapatlah aku merasa beraya di kampungku (Insyaallah, jika umurku panjang)...

Pagi raya, seperti biasa, bermaaf-maafan episod wajib dalam kehidupan. Pagi sebelum menunggu orang masjid datang, aku bermaaf-maafan dengan keluargaku...paling syahdu sewaktu memeluk mak, kak Aishah dan kakakku, Ana kerana tahun ini, episod 'Kehidupanku' diperhatikan oleh mereka dan dengan mereka jugalah aku berkongsi cerita gembira, sedih dan segalanya. Raya pertama, ramai yang datang. Sedara mara, kawan2 serta ofismate2 abangku. Meriah seketika rumahku dipenuhi tetamu.

Selepas solat Zohor, aku menghilangkan diri ke Seremban berjumpa dengan seseorang (hanya dia tahu)...ingin benar aku berjumpa dengannya sekaligus beraya bersamanya...mungkin itu kali terakhir aku berjumpanya, kerana sesi bersama tamat akhirnya. Terima kasih 'Ibu' kerana selama ini tak jemu2 memberiku nasihat (yang jarang aku ikut), memberiku semangat (yang selalu aku bawa)...aku hargai segalanya...Alhamdulillah, sepanjang aku berulang-alik ke Seremban, tiada kejadian buruk yang berlaku. Terima kasih mendoakan perjalananku...

Lusa, aku kembali bekerja...kembali dengan rutin harian setelah seminggu cuti beraya. "Sabtu pun awak keje ke?" Tanya seorang hamba Allah...yela sayang...dah aritu Ada start cuti ari Jumaatkan...keje balik ari Jumaat la". Sekembalinya aku bekerja nanti, aku berharap agar ke'bz'anku nanti sedikit sebanyak dapat menolongku meninggalkan kisah-kisah lama yang akan ku bawa dalam kenangan yang aku pasti tak akan melupakannya. Ya, aku akan bz menjawab panggilan telefon, menghantar sebut harga, berjumpa client dan sekali-sekala akanku sibukkan diriku dengan meng'facebook', update tagged, meng'update' blog dan juga chit chat di ym, skype dan fb.

Selera...

Memandangkan Hari Raya mewajibkan diriku untuk menjamu segala selera yang ada, maka beratku yang sedaya upaya aku memaintainkannya semasa bulan puasa naik sedikit (tak banyak pun, naik 1 kg je)...tapi still...ahaks...jadinya, aku akan mula sekali lagi untuk memaintainkan beratku kembali asal...Insyaallah...Bolos saja dinding itu...heheh...

Sisa-sisa 'hari' yang tinggal ini akanku habiskan dengan keindahan. Yang hepi2 je...sebelum segalanya berakhir...

p/s: Kepada rakan2, sahabat handai serta ofismate (lama & baru), jemput datang ke rumah...tapi call dulu. Nanti bolehlah aku masak ape yang patut, kalau tak makan kuih raya je la jawabnya...hehe


SELAMAT KEMBALI BEKERJA!!!!

Thursday, September 17, 2009

Rindu...

Sedang menganyam ketupat…teringat waktu di tempat kerja lama…menganyam ketupat untuk dihiaskan menyerikan lagi ofis…aku rindu sangat…rindu waktu itu. Semalam aku ke ofis lama…ade hal sedikit… segan…Ya! Itulah perasaan aku malam tadi…lebih kurang 10 saat je aku di ofis…sangat beza. Sempat aku menjelingkan mataku melihat tempat lamaku…masih seperti biasa… terima kasih Nurul…

Rindu tempat itu…

Rindu orang di situ…

Rindu segalanya…

Aku rindu…

Aku kalah bermain dengan perasaan dan emosi…aku hujan…

Salam.

: out : 5.28 p.m.

Wednesday, September 16, 2009

More worst since aku benti...owh men!!...stop it!!!


Ingatkan da benti keje da setel...
Dah2 la tu...

Hari-hari ade episod baru...

Salam.

: Out : 4.07 p.m.


Monday, September 14, 2009

Still...Can we act like normal?


Urghh!!

If you press me to say why I loved him, I can say no more than it was because he was he and I was I...


Saturday, September 12, 2009

Tenang...


Mata ini tak mau lelap..jadi aku mengisi kekosongan ini sebelum bersiap ke kerja dengan menaip satu post yang menggambarkan diriku sekarang...tatkala ini aku tenang...

Seperti biasa setiap kali selepas menunaikan solat subuh, aku akan mengalunkan surah Yasin yang penuh dengan makna dan maksud tersendiri. Ya, inilah peluang aku untuk mendekatkan hati dengan lebih rapat lagi dengan Allah s.w.t. Hati sayu berbaur tenang tatkala membaca ayat demi ayat surah itu. Ingat lagi petikan nasihat daripada orang yang banyak memberiku semangat dan juga ketenangan, “Dekatkan diri kita pada-Nya” Tetapi, mengapa pabila punyai masalah barulah kita ingat pada-Nya? Itulah manusia, waktu senang lupakan-Nya dan pabila punyai masalah barulah mencari-Nya…Jiwaku tenang seketika…hatiku terusik setiap kali selepas membaca surah itu. Tika ini terkenang saat manis aku waktuku membaca Yasin berjemaah di ofis lamaku. Kami seperti sebuah keluarga yang amat besar yang penuh dengan kasih-sayang. Tika ini juga aku sempat mengimbau kembali kali terakhir kami membaca Yasin di rumahku (20 Ogos 2009) dan itulah juga kali terakhir aku membaca Yasin bersama mereka. Berbekalkan hanya sebuah Yasin kami berkongsi berenam (gadis NC) sementara menunggu yang lain tiba. Perasaanku sangat pilu tika itu.

Malam jumaat itu, rumahku meriah seketika dengan kedatangan warga NC (gadis2, bos bersama isteri, ustaz, abg razin, abg bali, Abbas dan King). Sejurus selepas membaca Yasin dan berjemaah isya', warga NC disajikan dengan pelbagai juadah yang sempat ibuku sediakan. Terima kasih mak. Terima kasih juga kepada rakan ofisku, Sheera yang juga membawa kek untuk dikongsikan bersama. Malam itu juga, sempat aku meraikan sambutan terakhir yang cukup indah dan penuh dengan unexpected things bersama seseorang. Walaupun badan letih tapi masih ade daya untuk keluar.

Lagi seminggu umat Islam akan menyambut hari lebaran. Begitu juga aku. Tapi persiapan untuk menyambutnya belum sedikit pun kelihatan. Baju, kasut, tudung, segalanya masih belum ku sediakan. Last2 minit je la..kalu tak berkesempatan, pakai aje ape yang ade..huhu..tema juga belum kufikirkan lagi. Aku harap lebaran kali menjanjikan sesuatu perubahan dan memberiku sedikit kekuatan untuk segalanya...hanya aku yang tau...

Salam Lebaran!!!

: out : 6.15 a.m.

Tuesday, September 8, 2009

Bulan Puasa...Menguji Kesabaranku..


Alhamdulillah...Masuk hari ini, sudah 18 hari umat Islam menunaikan rukun islam yang ke-3...Aku juga tidak ketinggalan untuk menyempurnakan ia walaupun sebagai kaum hawa, ia tidaklah sepenuh mana...Selain daripada berpuasa, aku juga tidak leka untuk membaik pulih amalanku. Masa inilah aku banyak belajar untuk lebih mengkagumi amalan-amalan mulia. Selain dari itu, ia juga menguji kesabaranku tanpa batas...kesabaran yang bagiku penuh dengan maksud.

Tewas..

Ujian kesabaran ini benar-benar buat aku tabah menghadapi hari esok..tapi..aku tewas seketika..tewasku bukan bermakna aku kalah..cuma aku tidak mampu..tidak mampu untuk melupakan sesuatu itu dengan tenang...jiwa kacau...libang libu..setelah mendesak diri untuk melupakan tetapi masih tewas..lantas membuat sesuatu yang bukan diriku...seolah-olah ianya dapat membantuku melupakan...tapi hanya mencelarukan keadaan, membahayakan diri...syukur ke hadrat Illahi, aku masih dapat memijakkan kakiku di bumi yang penuh pancaroba ini...

Tidak sama..

Pulangkan!!!!...Ya Allah, kembalikan diriku yang dulu...bukan seperti sekarang. Yang dulunya hidup tenang, tidak serabut dan masih meneruskan cita-citaku..."Akak nak mata akak buta ka, dok asik nangis ja?"...Kalaulah kita boleh 'undo' masa dan delete 'redo'...mungkin aku tetap aku...

Alhamdulillah...

Aku masih dapat meneruskan hidupku walau tidak seperti biasa...Keluarga, saudara-mara, teman, sahabat, terima kasih Ya Allah...mereka masih tetap di sampingku tidak putus memberiku harapan dan semangat...

aku berharap agar aku tidak lg mendapat msg2 yg memusnahkan kekuatan yang baru ingin ku bina...

Salam.

: Out : 8:42 p.m.

Saturday, September 5, 2009

Mimpi itu terlalu cepat...Mengapa aku dikejutkan...

Masa berlalu sangat pantas...Bagai mimpi...
pejam celik, pejam celik da masuk 5 hari aku bekerja di tempat baruku...
masih terlalu awal untuk membiasakan diri...
masih terlalu awal untuk melupakan yang lama...
bukan mahu melupakan...hanya tidak mahu mengisi hati ini dengan kesedihan dan macam2 perasaan lagi...

Alhamdulillah...Tuhan masih memberiku peluang untuk meluangkan masa bersama 'mereka2' yang aku rindu...warga NC...

Yang pastinya, aku masih menghargai yang lama...
Tidak sabar rsenye untuk bercuti raya...melupakan murung dihati...kembalikan diri aku yang sebenar...
kerana disaat ini...
Aku bukan aku yang dulu...

Juga tidak sabar menanti tarikh itu...
Suatu masa nanti...Pasti semuanya berakhir...Insyaallah

Salam

: out : 11.40 a.m.

Friday, September 4, 2009

Cinta Ada

Andai aku butakan mata
Dapatkah kau mendengarkan jujurnya
Andai engkau tutup telinga
Dapatkah kau melihat keikhlasannya

Aku cinta bukan di bayang mata
Jauh dari bahasa
Dekatkan ertinya
Aku cinta bukannya disengaja
Jauh dari wasangka
Dekatkan hatinya
Memang cinta ada dalam jiwa kita

Andainya cinta itu buta
Dapatkah kau mengubah personanya
Andai mengalir air mata
Dapatkah kau membezakan jernihnya

Oh..Mengapa ada saksi yang tak memahami
Oh..Mengapa ada saksi yang disalah erti
Oh..Aku cinta..Oh..Jauh dari bahasa

Jac, Sheila Majid & Karen Kong

Thursday, September 3, 2009

Wake Up!!

Jangan masih dalam mimpi...
Bangun!!
Someone wake her up!!!
Jangan!!
Biarkan dia terus bermimpi...

Tuesday, September 1, 2009

Hari Pertama...Di Sini Bermula...

Salam,

Terasa seperti seorang lepasan SPM masuk bekerja pada hari pertama...
cuak..kecut..takut..nerves...sume ade..

Lain sama sekali...
itu yang dapat aku gambarkan...

Awal pagi dimulakan dengan sesi suai kenal bersama warga SW. dan diteruskan dengan briefing ttg company ini..baik, peramah dan pendiam...mungkin!!!...arghhh...tak same dengan jiwaku...tak same dengan tempat itu...aku rindu tempat itu...mungkin hari ini hari pertama aku disini...taring mereka tidak kelihatan lagi...mana tahu esok lusa...sape tau...:)

tika ini aku pasti...masih tidak ade tempat lain yang boleh menggantikan tempat lameku...percayalah...

*Aku rindu kerusi 'biruku'...(kat sini kerusi oren)..ayarkk!!!...zahid AF sangat...:)

CHAIYOKKKK!!!!!

: out : 4.23 p.m.

Monday, August 31, 2009

Semalam Yang Indah...

25 Ogos 2009 - Malam terakhirku dihabiskan dengan satu memori yang sangat indah bersama si dia… cukup indah…singgah di setiap tempat-tempat yang meninggalkan sejuta memori@kenangan terindah sepanjang bersamanya…terima kasih meluangkan masa…sepertimana yang dijanjikan, di blog ini…di posting kali ini…byk untuk dihargai dan kemaafan yang perlu di tuturkan…’masa-masa itu’ (yang tidak perlu aku senaraikan)…sangat istimewa…ketika sakit, suka, duka, sedih, boring, sengal…dia ada…bermula ketika aku sakit dan berakhir ketika aku pergi…

Aku sangat hargai dan akan merindui masa2 itu…terlalu…

Segala permintaan hampir tercapai…walau bukan semua, tetapi sudah mencukupi…Semua Tentang Kita akan menjadi episod di novel yang sedang ku coretkan…Maaf jika kehadiran aku ini diselitkan di sebuah novel (muka surat 215 sehingga 258) terpaksa berhenti di muka surat itu…aku pasti dia faham…hanya kami yang faham…keterpaksaan melakukan sesuatu itu untuk melihatnya bahagia…

Disebabkan kelewatan aku pulang semalam kerana terlalu seronok meluangkan masa sehingga leka untuk melihat jam…ada satu cerita nak dikongsikan bersama…

Pagi ini (26 Ogos 2009) aku bangun lewat pukul 8.46 a.m. sepantas yang mampu aku menuju ke almari untuk mengambil pakaian untuk digosok…aku tahu aku sudah lewat untuk ke tempat kerja…sedang bergesa2 menggosok kain, tika ini baru aku tersedar dari lamunan mimpi…’Aku tidak lagi bekerja’…tersenyum sendirian…hatiku terusik seketika…

Hari2 yang mendatang perlu aku biasakan…terima kasih…

Salam..

: out : 2.35 p.m.

Wednesday, August 26, 2009

Terima Kasih Semua...

25 Ogos 2009 - merupakan hari terakhir perkhimatanku di tempat kerjaku. Sedih, pilu, rindu…itulah perasaan aku tika ini. Pengorbanan…itulah yang menyebabkan aku tewas untuk meneruskan kerjayaku di situ. Pengorbanan terhadap keluargaku...mak…ayah…my siblings…and the person I love…whoever it is…aku pasrah…

Post kali ni aku tujukan kepada semua warga nc yang aku xkan pernah lupa walau sesaat pun. Itu janjiku. Kalian semua adalah tulang belakangku selain family yang banyak menyumbang nasihat, tunjuk ajar, pendapat and sumtimes give me some tips to reorganize myself…

My ‘Boss’, Mr Ahmad Zuwairy@waie :-

‘Angkat telefon wahai waie…angkat telefon cepat sikit…kalau lambat nanti dia letak…la..la..la..’Wak, adhe mesej’ (his hp’s ringtone)…What can I say…He is very sempoi and I have never meet this so called as ‘Boss’ yang tersangatlah sempoi@slumber. Sampaikan sumtimes we can call him ‘abg’…how can?...hehe…proposal…budget…follow up…meeting…forever with him…hehe…thanks boss…alamak!! Ade hutang lg la…hehe…lupekan jela ek bos…:)

My abg Finance, Mr Ubaida :-

Erfannnnn!!!!...every evening mesti dengar laungan ni…hehe…dis abg finance always dikelilingi resit2, cek2 n those claim form atas mejanya…kalu ade nampak design tepi laptopnya tu mesti dak nccv salah letak or tertinggal…ahaks…thanks abg ubai sebab x jemu bayar gaji ada…I will never forget 25th every month…hehe..nyway, Ada tak ‘roket’ pape tau…kalu ade pun mintak halal la ye…ahaks!

My abg Business Corporate, Mr Muhammad Razin :-

Hmm…Selain bertindak sebagai PR kat ofis, he is also a singer!!..wow…bekerja dengan penyanyi…bangga seh…I’m proud of him coz selain tersenarai dalam BOD this abg business corporate also selalu meng’fulfill’kan kehendak staff2nye..nak pen, kertas A4, sampul surat, biskut, kopi, milo, and kadang2 terpikir nak peti ais…oopppsss…semua dapat…thanks abg razin for those mse yg di spentkan untuk menasihatkan adik kamu yang sorang ni…yang degil ni…mesti boring n penat…huhu…thanks a lot!!! p/s: follow up itu incik fauzi ya..hehe

My abg HR, Mr Rahman Ansari :-

Orang kedua meng’approve’kan cutiku. Setiap kali nak bagi borang cuti mesti berdebar…bukan berdebar sebab apa…sebab takut tak apporove…ahaks. Tapi sepanjang aku berkerja tak pernah lagi cuti aku tak lulus…hehe…thanks abg Rahman…one more thing, kalau pembaca nak tau, selain melulus atau menggagalkan cuti, abg Rahman juga the one who kira our overtime (OT). Time ni tak segan silu nak bagi form…hikhikhik…:)

My abg Marketing, Mr Sya’arie atau nama manjanya (manje ke?) ‘Ustaz’ :-

Hang ok na?Pasai apa?...words yang selalu digunakan oleh ustaz. Lagi2 ditujukan kat aku sebab kat ofis tu aku ni kuat melalak sket. Bukan melalak@menyanyi tapi dalam loghat kedahnye ‘meleleh@menangis’…Ustaz ni boleh diibaratkan sebagai biskut ‘Now u see, now u don’t’…ha…lebih kurang macamtulah…biasalah kerja marketing memang lagu tu…selain memikul tugas di department marketing, ustaz juga selaku tekong untuk menyampaikan tazkirah setiap malam Jumaat. Terima kasih naa…nak habaq mai ni…banyak saya dapat belajar dari situ…ahaks!!

My abg Publishing, Mr. Khairul Qistina :-

What can I say with this abg Publishing…oh ye…he is a singer too..same group wit abg business corporate…mesti tertanye2 knape nmenye ade nme gurl dihujung…’Qistina’..yes..tu nme 1st baby (bayi kate sheera) nye…Nur Iffah Qistina (sori kalu salah eja)…congratz dengan kelahiran orang baru itu…abg publishing ni pun one of my kaunselor gak…byk bg tunjuk ajar n nasihat…tapi bukan bab event…bab hati…ooppsss…no kontroversi ya!!!...thanks for everything…thanks byk sabar ngan dak degil like me ni…heheh…

My abg Creative Ville, Mr Muhammad Azli :-

Yang sorang ni banyak nak kongsi citer…tapi malas nak taip..hehe…nme da same da ngan abg aku…cume nme samaran je yg len…hehe…setiap kali ade event yang aku pegang, 2nd stage comfirm kne deal ngan abg creative ville ni…yela kite ni nk design masih suram2 bak kateku ‘pensil2 aje’…segala benda yang melibatkan printing item untuk event mesti kne cr dak ni…Suatu hari nanti..katenye nk kembangkan nccv sampai ke stage broadcast…Insyaallah…aku doakan semuanya berjalan dengan lancar…itu pasti…:)…tak lupe thanks coz aku sempat belajar main gitar dengannye lepasla satu lagu…hehe…thanks for everything…

My abg Multimedia, Mr Zulkhairi :-

Abg multimedia ni under one roof ngan abg yg kat atas ni…update website, multimedia, n video klip, itu kepakarannya…and once dier ke depan get ready for berita…’nanti tolong wat berita ek’..sesape je…cupi, zam, sis mas, sheera, and sumtimes me myself kne buat berita…time lunch, he is the only one kumbang dalam taman…hehe…jangan marah…all the best…jge si dia bebaik..hikhikhik…congratz!!! :)

My abg Komposer, Mr Dakmie :-

Nak jumpa abg komposer ni waktu siang mmg susah…tapi waktu malam and tengah malam and tengah pagi mesti dia ade…biasalah time tu brla ade ilham@idea nak buat lagu..time tu la sepi…sunyi..kalu tak waktu siang byk bunyi2an yang memeningkan kepalanya…all the best abg mie…chaiyok!!!

My abg PA System, Mr Razi :-

Even this abg PA system tak selalu datang ofis, tapi he is a nice buddy who can make jokes, share a story…and a video!!yes…my video perpisahan with him…nakkkkkkk…..hehe…all da best my abg PA system…kawen jgn lupe anta kad ye…nyway…in advance kalu Ada kawen suatu masa nanti…itu pasti…nak mintak diskaun gne PA System…hihi…xpun bg free jela…’cincai2la’…hehe…all the best!!

My sis Admin n Event Coordinator, Sis Mass :-

Well, masuk nc dierla bunga pertama yang menegurku…yela...dier je bunga yang ade kat nc tu mse dulu2…seorang event coordinator dan merangkap sebagai admin di nc…dari awal aku praktikal sampai last day aku…byk tunjuk ajar yang aku dapat darinye selain my bos…unpredictable…yes!!!tu yang dapat aku gelarkannya sepanjang aku kenal dia…sukar…nyway…she is a model…and one of the finalist of Final NUR…and she won!!as a Finalist Favourite Final NUR/DARA 09…congratz sis…u deserve it!!...all ur secret r save wit me and so do my secret hopefully are save wit u!!...thanks…p/s:kawen jgn lupe jemput ye…hikhikhik…(takkan ku lupa hari pertamaku di nc sewaktu praktikal...Lah...jangan gelak!!!!)

My buddy Graphic, Sheera :-

Antara satu2nya staff nccv…bunga dalam taman nccv…ustazah di nc…fuh!!byknye position…Selain sis mass, dier juga diibaratkan sebagai rakan sekerjaku yang rapat yang sudi mendengar cerita sedih, suka, duka dan kenangan…kadang2 berasa bersalah kerana meng’involve’kan dirinya dalam episodku…tapi the only one yang boleh paham jalan cerita aku adalah dia..so byk pengalaman aku bersamanya…thanks sheera coz bg aku semangat nak meneruskan kehidupan aku sebagai seorang gurl yang x kuat ni…thanks sgt2..u give me hope!!...i miz dat!!

My lil sis Admin Assistant, Shufina atau nama glamornya ‘Cupi’ :-

Segala percakapannya ssh nak difahami oleh orang yang mcm aku…loghatnye sangat pekat…sampai ke text sms pun sme…biaq pi la…as long as she know what she want. ‘Pendengar setia kak Ada’..hehe..thanks cupi sebab byk bersabar kerja ngan kak ada…yang baik jadikan tauladan…yang buruk jadikan sempadan…dan yang gurau2 jadikan berkekalan…best of luck my lil sis!!!...after dis no more update news from me…:)…p/s:lepas ni jd model untuk majalah RAPI lagi ek…hehe

My buddy Practical, Zameela :-

I know her since July 2009 if I’m not mistaken…satu kipala ngan aku…nice to know her, even tak lme…she used to know me well…byk bende zam dah tolong aku…and the best is she sing my song…very well…she got talent…so…budak studio yang kat bawah ni…beware…lepas ni ade demo bg kat dier…hehe…thanks!!!...kne jge this gurl leklok coz abg marketing sgt syg akan anak buahnye ini…hehe…jgn kacau na…ahaks!

My Budak Studio, Farhan atau nama bangganya ‘King’ :-

Sape2 nak tunjuk bakat, g la studio bisik leklok ngan dak king ni…hehe…tp senyap2 tau…pernahlah aku mencuba bakat yang terendam ni…tapi bukan sorang, berdua bersama sis Mass…featuring king yang bermain gitar…he is also a singer…aduh…susahnye kalu hidup dikelilingi artis…wow!!...Thanks king untuk segalanya…all the best for Algebra…keep Algebra pride alive!!!...waiting for ya 2nd album!!p/s: thanks coz sudi rakam my first single…simpan tau…

My Budak Graphic and Multimedia, Abdullah atau nama keduanya ‘Abbas’ :-

Odah!!...sepanjang life aku, baru ni orang panggil aku that name…hehe…satu nme yang unik!!haha…Abbas yang aku knal for the first time seorang yang baik, pendiam, and segala-galanyala baik…tapi sekarang bukanlah tak baik…still baik cme da advance sket…hehe…cayalah!!...kuat btol pengaruh dak2 nccv nih…first aku kluar ngan dier is to temankan aku gi mne ek…lupe da…tapi yg bestnye dalam kete…sunyi…sepi…cmne nk start borak ni…hehe…aku aje yang dok tnye mcm2 soklan…sampaikan tanye ade brape adik beradik (mcm nk ngorat lak)…hehe…nyway…best of luck for ya study…do the best…stay maintain as the best!!

Last but not least…

The new Project Coordinator, Nurul :-

Thanks sudi menggantikan tempat akak…akak doakan nurul berjaya suatu hari nanti…lebih baik dari akak…and I do bellieve u can do that…jge tempat akak…ooopppsss…bekas tempat akak…akak syg tempat tu…ALL THE BEST…

Terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan kerana telah memberiku peluang untuk berkongsi bakat di nasyeed.com. Maaf jika ada ayatku yang tersinggung atau melebihi level seorang staff. Aku pasti, selepas ini ada seorang yang bakal mengganti diriku…ya..yang lebih baik dariku…yang tidak kuat menangis sepertiku…yang bakal tidak menggunakan perkataan salah dan juga yang tidak akan mengeluarkan perkataan ‘bongok’ dan ‘senget’…NC in my heart!!!...Tinggal kenangan…

Selamat menyambut ramadhan…
Selamat Hari Raya…Maaf Zahir & Batin…

p/s: raya datangla rumah…:)
Salam

Monday, August 24, 2009

Awal2 lagi...

Again!!!

Awal2 lagi dah terasa suasana berpuasa yang tak jelas...(ladies je yang paham)...ahaks...
Tapi bersahur n berbuka mcm biasa...ikut aje...beriya...:)

Terima kasih kepada sesiapa yang sudi mengajakku berbuka dan bersahur bersama...sungguh indah waktu itu walaupun suasana itu masih tidak jelas...hehehe...

Selamat menyambut Ramadhan kepada semua...:)

Salam.

: out : 9.41 a.m.

Thursday, August 20, 2009

Melakonkan watak yang bukan diriku...

The tittle describe everything...
Only me n him know

i'm not good in acting..
but
i'm good in pretending...

ahaks!!!

Bolos saja dinding itu!!!!

Tuesday, August 18, 2009

Zass...

Aku boleh dapat lebih dari itu...
tapi...
Bak kata si dia..."Bolos saja dinding itu"

Tika ini aku sudah berjinak2 untuk membenci...

: out : 11.10 a.m.

Saturday, August 15, 2009

Selamat Ulang tahun!!

12 Ogos 2009 yang lepas...



Genap umur mak 59 tahun (maaf kat kek tulis '60'). Kami sekeluarga meraikannya di Eimans Tomyam House di TTDI..walaupun bukan tepat pada tarikh kerana masing2 mempunyai masa free yang berlainan tetapi kelewatan meraikan masih berada dalam mood yang happening..seronok sangat malam itu.

Bergegas dari ofis dalam pukul 6.00 petang ke rumah untuk menyiapkan diri. Menunggu Ana yang tiba lebih kurang 8.00 malam untuk membawaku dan abangah ke restoran. Sementara Ayah, Mak dan Abang bersama isteri dan anak2 sedaraku datang menyusur terus ke restoran. Sebelum itu aku sudah pun menempah tempat di Eimans restoran. Alhamdulillah, tempat masih kosong untuk kami sekeluarga.

Cukup sekeluarga berkumpul (kecuali kakakku Liza kerana berada Terengganu - tetapi masih menelefon kami bertanya kemeriahan itu).

Selepas memesan menu, kami memulakan aktiviti memotong kek yang telah ditaja khas oleh abangah (thank you bro). Pesan abangah "Jangan makan banyak2, nanti menu yang dipesan tadi tak termakan pulak". Sekadar cukup syarat sahaja. Lebih kurang 15 minit menunggu, makanan pun tiba untuk kami yang menunggu dengan penuh kelaparan...ahaks...

Berbekalkan doa dari ayah tercinta, kami menjamu dengan penuh tenang...Sempat aku mengabdikan foto2 yang memang setiap tahun menjadi yearly celebration untuk kedua parentsku.

SELAMAT HARI LAHIR buat ibuku yang tercinta...moga dipanjangkan umurnya dengan diberkati penuh kebaikan. Teringat betapa berat perjuanganmu saat melahirkan anakmu ini 24 tahun yang lalu. Mengingatkanku, bahwa itu semua tidak akan terganti. Semoga kasih sayang Allah melingkupi hidupmu dalam kehidupan dunia dan kehidupan akhirat nanti...InsyaAllah..

Terima kasih ibuku,
Atas segalanya...
Hanya doa tulus dan pengharapan terbaik...
Untuk engkau, ibuku sayang...

Salam.

: out : 12.23 a.m.

Dapat jugak merasa...

"Mana aci..yang lain dapat...nape Ada tak dapat..."
"Nanti ek, dapatnye..."

Akhirnya...yang ku tunggu tertunai jugak...
Thanks...ingatkan sekadar ayat berjanji menyedapkan hati...
Tapi...janji itu tertunai pasti...

Hooray!!

p/s : xde ape bezanya...masih serupa yang boleh di bawa kemana2..Hati saya gumbira...:)

Salam

: out : 8.00 a.m.

Tuesday, August 11, 2009

Syukur...

Alhamdulillah…Aku dapat menyempurnakan semua projek yang aku pegang dengan sempurna sebelum tugas@jawatanku ini diserahkan kepada orang lain. Walaupun penyempurnaan itu tidaklah sehebat mana, tapi aku berpuas hati dari setiap aspek.

9 Ogos 2009 - projek yang terakhir yang aku pegang…Final NUR. Walaupun projek tu taklah sebesar mana tapi masih dibawah tanggungjawab aku. Jadi aku harus menyempurnakannya sebaik mungkin. Benar..Masih jelas..banyak yang perlu aku baiki untuk mendapat mutu yang lebih baik untuk menjadi seorang Project Manager. Sebelum event Final NUR tu aku telah diberi kepercayaan untuk menjadi Project Manager untuk event Konsert Malam AMAR. Agak besar event tu. Dari situ aku sedar yang aku masih kurang pengalaman untuk menjadikan event itu sempurna. Dalam ayat ‘event’nyer – Everything should run smoothly – :)

“Ever tried. Ever failed. No matter. Try again. Fail again. Fail better” – Samuel Beckett

Thanks to my BOS sebab bg kepercayaan kat aku..and I will improve my weakness to be the best!!...aku tak akan janji tapi aku akan cuba..and not to forget thanks gak coz bagi aku peluang untuk merasa handle that kind of event. From A to Z. It was a nice experience I ever had..thanks again…to all my fellows…thanks to u guys too..



Anyway..still tak terlambat untuk aku ucapkan CONGRATULATIONS!! To Sis Mas kerana dinobatkan sebagai Finalis Favourite Pencarian Covergirl NUR/DARA 2008/2009. You deserve it sis. Sori coz tak dapat nak join bergambar at the end of the event coz ade hal sket nak disetelkan…we’ll celebrate it later k…Mesti lepas ni kamu ngak menang tangan nak jawab call for the next phase of your life to become Model sambilan…jangan tak menang tangan nak jawab kontroversi da le ye sis…hehe…


Kepada Encik Azli selaku jurugambar untuk event itu...Bilakah saya boleh mendapat gambar saya yang kamu ‘klik’ mase event tu yang masih berada di dalam camera NCCV tu?esok?lusa?minggu depan?bulan depan?atau?ahaks!!...Suatu masa nanti…itu pasti…hehe…

For now. Aku kena merajinkan jari jemariku untuk menghabiskan kerja Abang Khairul lak…hihi…chaiyok!!!!!!!

Salam.

: out : 1130 p.m.

Wednesday, August 5, 2009

Get ready for the next phase of life...

Get ready!!

Cewah...macam nak ke mane je...

Saje nak kongsi..dalam beberapa hari, tak sampai 20 hari lagi aku akan melalui fasa yang baru dalam hidup aku..quite hard actually..since surat pun dah bagi, replacement pun dah di cari..Alhamdulillah, InsyaAllah aku pergi dengan tenang..melakukan sesuatu tanpa rasa ingin lakukan..apa yang boleh aku katakan !!Bolos saja dinding itu!!...:)

Apa yang terjadi sebelum dan selepas aku melalui fasa baru ini aku harapkan dapat menjadi memori indah yang tidak sekali-kali aku akan lupakan..never!..not even a minute!!..

saat ditegur..
saat dimarahi..
saat bergurau..
saat bersedih..
saat diperli..
saat diusik..
dan saat disayangi..

Dikongsi bersama..masih kekal indah di ingatan..Jasa kalian tidak dapat ku balas..hanya Doa yang dapat kupanjatkan dan harapanku agar kalian makin hebat, berjaya dan mencapai segala impian demi memenuhi visi dan misi kalian..

Terima kasih semua...SSS (Saya Sayang Semua!!!)


Wednesday, July 29, 2009

Cinta Sempurna - YUNA

AKU MANUSIA LEMAH SELALU TERJATUH
BERBEDA AKU DARI MU
KAU BERDIRI TEGUH
AKU SERBA TIADA AKU KEKURANGAN
DAN BILA KAU TIBA AKU HILANG DARI KEWUJUDAN

SEMPURNANYA SIFATMU TULUSNYA HATIMU
JUJURNYA NIATMU
TINGGINYA KESABARANMU
LEPASKANLAH DIRIKU
KERNA AKU TAK MAMPU TUK MENANGGUNG SEBUAH CINTA SEMPURNA
DARIMU

BUKAN AKU TAK PERNAH MENGERTI DIRIMU
KUSANJUNG SETIAP KATA CINTA KAU BERIKAN AKU
HILANGKAN RASA ITU AKHIRKAN SEMUA
DAN BILA KAU SEDAR AKU HILANG DARI KEWUJUDAN.. OOOO

SEMPURNANYA SIFATMU TULUSNYA HATIMU
JUJURNYA NIATMU
TINGGINYA KESABARANMU
LEPASKANLAH DIRIKU
KERNA AKU TAK MAMPU TUK MENANGGUNG SEBUAH CINTA SEMPURNA
DARIMU



Wednesday, July 15, 2009

Outing bersama gadis NC



Sesekali keluar beramai-ramai memang menyeronokkan…itulah gambaran yang sedang bermain di fikiranku tatkala ini selepas semalam masa dikongsikan bersama gadis NC menonton movie di pawagam.

Aku, Sis Mas, Sheera dan Zam (Cupi tidak ikut serta) membawa diri ke Cineleisure Damansara…

Cerita yang ditonton berbeza dengan jiwaku kali ini…memberanikan diri menonton cerita hantu lagi2 hantu Indonesia…memang agak ngeri kalau diikutkan…meremang bulu roma sebaik sahaja cerita bermula…


Mati Suri...(Koma)


Cerita ni mengisahkan seorang wanita (Abel) di dalam dilema di atas kekecewaan dengan tunangnya menyebabkan wanita itu ingin membunuh diri (memakan ubat tidur)...Jalan cerita ini agak complicated...kena btol2 faham sebabnya semua kisah yang menghantui dirinya terjadi sepanjang beliau koma. Abel telah sedar dari koma semasa dia koma...haa...btol tak cakap aku cerita ni pelik tapi best wo...Sepanjang Abel koma, banyak kisah-kisah seram terjadi kat dia...sampaikan aku tak terlarat nk tulis kisah-kisah itu...haha...

Mesti tengok!!hehe...

Memang best…itu yang boleh di komen…tak sia2 aku mengajak gadis2 NC menontonnya bersamaku…benar cerita itu amat menyeramkan…tapi yang lucunya, kadang-kadang perasaan tidak takut menjadi takut disebabkan jeritan Sheera yang duduk disebelahku yang lebih kuat daripada effect movie itu…bukan terperanjat dek sound effect tapi sound effect suara jeritan batinku oleh Sheera yang memeranjatkanku…hehe…


Selepas pratonton movie itu berakhir, kami menyimpan memori indah gadis2 NC di The Street di luar kompleks Cineleisure. Aku menyemadikan saat-saat indah ini bersama mereka sebaiknya. Sisa-sisa hariku bersama mereka inginku jadikan kenangan terindah yang benar tidak dapat dilupakan sampai bila-bila…u guys rocks!!!thanks!!!...

Sewaktu dalam perjalanan pulang, masing-masing kelihatan keletihan…Sis Mass, Sheera dan Zam hampir terlena…aku yang pada mulanya mengantuk terpaksa menghiburkan hati sendiri lalu aku menekan butang ‘Play’ di mp3…lagu Khatimah Cinta nyanyian Sixth Sense dimainkan…tersenyum sendirian…

Apa yang dapat aku kongsikan disini adalah keseronokan pada malam itu akan aku ingat sampai bila-bila walaupun pada mulanya moodku kurang baik. Tapi aku dihiburkan dengan kerenah mereka yang akhirnya mood yang kurang baik itu menjadi ceria dengan cepatnya…mungkin apa yang aku coretkan ini telah menjadi kebiasaan segelintir pihak tetapi berbeza denganku…manakan tidak…mungkin selepas ini aku tidak mempunyai peluang untuk ‘berfoya-foya’ bersama mereka. Masing-masing akan sibuk dengan rutin harian…begitu juga denganku…sibuk memikirkan tentang masa depan…argghhhh…malas nak pikir buat masa sekarang…yang penting, sisa-sisa hariku ini penuh dengan kegembiraan dan ke’enjoy’an…


Mungkin selepas ini giliran 'Outing bersama teruna NC’ pula…Insyaallah…







: out : 2.29 a.m.

Saturday, July 11, 2009

Penjelasan...


Satu penjelasan selepas aku pergi...Jangan khuatir...

itu janji aku...
itu hajat aku...

Maaf kerana terlalu lama menanti penjelasan ini...

: out : 8.50 a.m.

Thursday, July 9, 2009

Maaf...

Salam,

Maaf..Posting tidak dapat diteruskan kerana emosi aku tidak stabil buat masa ini...Insyaallah kisah Kehidupan Episod 4 akan bersambung tidak lama lagi....

Terima kasih..

: out : 8.33 a.m.

Friday, July 3, 2009

Arrrrgggghhhhh...Konpius...serba salah...

Bila aku terpaksa untuk rela buat keputusan

hmmm... mintak maaf sangat coz aku kena pergi.. mintak maaf ok... bukan aku tak sayang tp kerana sayang aku pergi...

gulp! aku telan air liur...betul ke ape yang aku cakap@buat ni?...serba salah...serba salah...serba salah.

Why do you want to leave ur current company?...da agak da...

la..la..la..la..(Biarla rahsia)

Tapi... logik segera melangkaui segalanya...

Ntah la...terpaksa rela...puas aku dok pujuk diri sendiri ni...tapi tak mampu...

Ikut kata hati...itu je yang dok bermain kat fikiran sampai sekarang...tapi hati ni unexpected...kejap kate gitu...kejap kate gini...hmmm...kalau camtu bukan ikut kata hati tapi ikut suka hatila jawabnyer...

Aku tak kisah dan ambil peduli apa dalam fikiran aku, kini, esok, lusa, tulat, hari2 kemudian...full with suprise...biasa suprise yang menyeronokkan...tapi kali ni suprise yang mendatangkan kesedihan...maaf semua...maaf sekali lagi...


Di ketika ini aku tewas berperang dengan kelemahan emosi diri...

: out : 9.24 p.m.


Monday, June 29, 2009

…Always put yourself in another's shoes. If you feel that it hurts you, it probably hurt that person too…

Understanding…

Dalam kata bahasa melayunya ‘Memahami’…

Ya…Memahami pasangan adalah salah satu kunci kebahagiaan. Bagi pendapatku, tanpa ‘kunci’ itu, kita tidak boleh membuka pintu untuk ke fasa seterusnya.

Nape?tak percaya ke?...(baca dalam nada sengau :))

Saling memahami penting bukan sahaja dalam satu perhubungan malah dalam satu kehidupan seharian. Apa yang inginku tekankan disini ialah memahami dari sudut pasangan kekasih.
Fahami diri kekasih kita. Sekiranya kita mengajak si Dia keluar, makan bersama atau pergi menonton wayang dan sebagainya, dan si Dia menjawab “tak nak”, “tak mahu”, biarkanlah si Dia. Maksud biarkan itu adalah, jangan dipaksa-paksa dan fahami kenapa si Dia menjawab demikian. Adakah si Dia sedang sibuk dengan urusan lain? Atau si Dia ada masalah lain? Mungkin…

Aku dah diajar sejak kecil lg…jika kita mahu orang lain memahami diri kita, make sure kita pun memahami orang lain. If bende tu kita leh buat, secara automatiknya org lain pun leh buat perkara yang sama…Insyaallah…tu pun kalau diorang punyai perasaan faham-memahami dan bertolak ansur…

Cakap pasal bertolak ansur, mengingatkan aku dekat seorang kawan baik kepada kawan baikku yang suatu masa dulu pernah menasihatiku ketika aku dilanda masalah. Katanya, setiap lautan, akan ada pasang surut airnya. Begitulah juga dalam berpasangan. Tidak dinamakan berpasangan sekiranya tiada sedikit salah faham atau pertelingkahan. Dia menasihati diriku agar aku seharusnya bertolak ansur dan menurunkan sedikit ego. Jangan mengharapkan si Dia bertolak ansur dulu, tapi, andalah yang perlu mulakan. Jangan biarkan pertelingkahan itu berlanjutan kerana ia ibarat seperti ‘kanser’. Semakin dibiarkan, semakin parah jadinya…

p/s: Thanks my friend for all this support and advise…Untuk pengetahuan semua, kawanku ini telahpun selamat diijabkabulkan bersama yang tersayang setelah hampir 6 tahun mereka mengharungi perhubungan sebagai kekasih.

Aku menambah…dalam memahami dan bertolak ansur, perlu juga mempunyai keikhlasan kerana kalau x ikhlas nak fahami dan bertolak ansur akan jadi tak berkat sesuatu perhubungan tu dan pendapatku juga perhubungan yang dibina itu tentunya mempunyai tujuan sama ada ianya buruk@baik dan semuanya terletak pada nawaitu masing2...namun, apabila nawaitu kedua2 belah pihak adalah baik dan ikhlas, perhubungan yang di bina akan lebih bertahan lama berbanding keikhlasan yg diberikan dari sebelah pihak sahaja…

kesimpulannya, fikirkan perasaan orang lain jika kita juga ingin orang lain memikirkan perasaan kita…sewies…hehe

Okla…banyak sangat aku dok merepek tengah malam ni…before aku bermimpi di alam tido let me finish my word with this quote yang aku sematkan dari dulu, kini, sekarang dan selamanya which is…

…Always put yourself in another's shoes. If you feel that it hurts you, it probably hurt that person too…

: out : 12.48 a.m.

Sunday, June 28, 2009

So mean...



...When you were born, you were crying and everyone around you was smiling...live your life so that when you die, you're smiling and everyone around you is crying... - by Margo Polo.
: out : 8.25 p.m.

Friday, June 26, 2009

Tentang Seseorang...


Teruntukmu hatiku
ingin ku bersuara
Merangkai semua tanya
imaji yang terlintas
Berjalan pada satu
tanya selalu menggangguku
Seseorang, itukah dirimu kasih

Kepada yang tercinta
inginnya ku mengeluh
Semua resah didiri
mencari jawab pasti

Akankah, seseorang
yang ku impikan kan hadir
Raut halus
menyelimuti jantungku

Cinta hanyalah cinta
hidup dan mati untukmu
mungkinkah semua tanya
kau yang jawab
Dan tentang seseorang
itu pula dirimu
ku bersumpah akan mencinta

Ade Stylelah!!!!


The way u walk...
The way u drive...
The way u get in da car...

so style!!!....

and...

u know the rest of my words...hehehehe

Thursday, June 25, 2009

U’ve Got That Scroll!!!!

Mesti seronok kalau dapat celebrate hari konvo bersama ibu-bapa tercinta…tapi apakan daya…kali ini ayah dan mak tak dapat nak hadir meraikan bersama sebab ayah sakit time aku konvo…aku sangat berharap agar konvo kali ini dapat bergambar bersama mak dan ayah tercinta tapi harapanku masih tidak kesampaian…sob..sob…

Laaa….ni apsal lak ni….tajuk bukan main hepi lagi…tapi duk citer bende sedey-sedey!!!

Ok2…well…walau mak n ayah x dapat datang at least abangah still ade untuk temankan adik dier sorang ni…:)…

Selepas solat subuh aku dah bersemangat bersiap2…yela…mne x sabar…nak g terima ‘sesuatu’ yang mana hampir 3 tahun aku mencarinya…lagi2 nak pakai baju baru ni!!!hehe…(Thanks sbb pilihkan Ada kain ni:)).

Tepat pukul 6.20 pagi aku sampai di UiTM…sunyi je…aku rasa aku orang yang pertama sekali yang sampai. Ni bukan bersemangat ni…ni beriya…haha…selang 15 minit barulah nampak muka kawan2ku datang menuju ke arahku…wah…rindu bangat sama mereka. Kami mengambil masa hampir sejam untuk bersiap padahal sarung aje jubah tu tapi…di sebabkan kami ni kaum hawa, segalanya harus kemas. Bak kata orang ‘From head to toe’. Kalau lah aku dapat kira berapa jarum peniti yang aku cucukkan tak kiralah di tudung ke…di mortar board ke…mahupun di jubah. Penuh dengan jarum peniti. Sebelum orang gelak kat aku baik aku cari jalan penyelesaian. Yela…buatnye dekat atas pentas tu nanti, duk tengah catwalk nak amik scroll…jatuh plak mortar board ni…tak ke malu…huhu…mintak simpang…



Selesai siap berjubah kami diarahkan untuk beratur mengikut nombor giliran…214…that’s my number…sedikit demi sedikit kami berjalan menuju ke pintu masuk diiringi dengan lagu yang memang sudah bertahun lamanya di mainkan setiap kali istiadat konvokesyen berlangsung. Mataku mencari abangah…tapi sehinggalah sampai ke pintu masuk abangah tidak kelihatan. Kesian dia…kena amik half day untuk teman aku…but don’t wori bro…I’ve fulfill my promise rite to sent u to ur office…weeee...

Sorang-sorang di panggil naik ke pentas yang penuh bermakna itu…sehinggalah sampai giliranku…senak perut nak tunggu namaku dipanggil bagaikan sebelum ini aku tidak pernah mengalami situasi seperti ini.

“Tunggu kat ‘x’ sampai nama dipanggil baru jalan” pesan pegawai yang bertugas yang kami pernah gelarkannya ‘Abg Q’…hehe…

“Nurshuhadah binti Hamid”

Dengan penuh keyakinan aku berjalan menuju ke tengah pentas untuk menerima skroll ijazahku. Satu dewan melihat keyakinanku…bangga seketika…masa ini jugalah membayangkan mak dan ayah berada di bawah melihat anaknya menerima segulung ijazah yang bukan sahaja hasil titik peluh ku tapi juga berkat doa mak dan ayah yang tak pernah putus mendoakan agar anaknya ini berjaya. Terima kasih mak…ayah….!!!!...Apa yang Shuhadah dapat ni khas untuk kalian….hatiku sempat berbisik. Sedang elok aku berjalan menuju ke tempat dudukku, kelihatan seorang lelaki berdiri ditengah-tengah orang ramai sambil melambai-lambai ke arahku…Abangah!!!...tanpaku sedari airmataku jatuh…terharu melihat abangahku yang telah menggantikan tempat duduk mak dan ayah. Lantas tanpa fikir panjang aku juga membalas lambaiannya dengan penuh semangat.

Setelah lagu Negaraku dinyanyikan, maka berakhirlah istiadat konvokesyen pada hari itu. Dewan Sri Budiman di gegarkan dengan sorakan gemuruh para graduan. Tanpa membuang masa, aku bergegas keluar dari dewan untuk bertemu dengan abangahku. Sebelum sempat aku menjumpai abangah, kelihatan dari jauh rakan2 ofisku yang turut hadir meraikan hariku yang penuh bermakna ini. Orang pertama yang aku nampak ialah sis Mass…terus aku menuju ke arahnya. Kelihatan disitu juga Cupi, Sheera, Zam, Aky n his friend. Thanks guys!!! Coz sudi spent ur time for this beautiful moment!!! Dalam pada masa yang sama aku tercari2 seseorang…(biarlah rahsia)…aku pasti dia datang sebab aku pegang janji dia!!!...

“Yang lain kat atas” kata sis Mass.

Aku masih mencari kelibat abangahku. Masih tak nampak dia. Manalah abangahku pergi ni. Berpinar mataku mencari. Jariku masih tidak putus asa untuk menghubungi abangahku tapi masih gagal dihubungi.

Tahniah!!! Ucapan daripada Abang razin, Abang Bali, Abang Zul, Abdullah dan King. Hatiku cukup gembira dengan kehadiran mereka. Lantas, aku menerima sejambak bunga hadiah daripada warga nasyeed.com. Abang Zul juga tidak ketinggalan memberiku teddy bear yang sangat cute.



Mana abangah? Tolehanku tepat sekali dimana kelihatan abangahku sedang menungguku di tempat kami lepak seawal pagi itu. Terus aku mendapatkannya untuk berkongsi kegembiraan ini. Ku salam dan kucium tangannya. Tahniah!!...ucap abangah…nampak air bertakung di kelopak matanya. Aku pasti itu adalah air mata kegembiraan. Dia juga sempat membelikanku sejambak bunga yang terlalu istimewa. Terima kasih semua!!! Sempat aku memperkenalkan abangah dengan rakan ofis. Kami tidak putus2 bergambar sakan bersama agar dapat disimpan sebagai kenangan suatu hari nanti…itu pasti…:)…Tidak ketinggalan, Lah, King dan juga Aky masing-masing sempat juga membeli teddy bear kecil untukku…biar kecil guys sebab kedatangan korang is the BIG present I got!!!



Thanks to all yang sudi datang bersama aku meraikan hari yang sangat istimewa itu. For the very special person…abangah…thanks for spending ur time for ur youngest sister. I will never forget all those sacrifices. For mak and ayah…sepanjang anakmu ini berada di dunia, kalian tidak pernah putus mendoakan kejayaanku. Sukar untuk aku membalas jasa2 kalian. Mungkin dengan segulung Ijazahku ini dapat membuktikan kesungguhanku dan juga dapat membalas jasa kalian...Insyaallah…

: out : 10.25 p.m.

Tuesday, June 23, 2009

Malam itu…

21 Jun 2009...
Mimpi itu mimpi ngeri...

Ya Allah…aku bermohon padaMu agar peristiwa seperti malam itu tidak terjadi lagi…seperti aku bermimpi ngeri…mimpi yang amat ngeri…setiap kali aku teringat akan peristiwa itu…perasaan marah bercampur benci tiba…seolah-olah aku mengharapkan sesuatu yang tak pasti…seolah-olah aku seperti seorang pelakon yang berlatih seorang diri untuk dramanya…

Di balkoni…

Sunyi…sepi…hanya kedengaran bunyi kereta yang mungkin ingin atau baru pulang ke rumah untuk menatap anak dan isteri yang menanti kepulangan mereka. Sesekali hon kereta berbunyi menunjukkan ketidakpuasan hati sesetengah pemandu jalan raya yang agak mementingkan diri sendiri. Kedengaran juga bunyi siren ambulans yang meminta laluan agar nyawa yang dibawa dapat diselamatkan. Bunyi siren itu mengingatkan aku kembali kepada satu peristiwa di mana ayahku dikejarkan ke hospital. Di saat itu, airmataku jatuh tanpa disedari…mengingati semula peristiwa itu…amat menyedihkan dan menakutkan.

Tidak lama kemudian, perasaan bosan menyelubungi hatiku…tatkala itu, jam telah menunjukkan pukul 12.34 pagi…tersenyum sendiri kerana tidak menyangka hampir lebih 3 jam aku berada di balkoni…aku leka melihat kereta yang keluar masuk melalui pintu masuk utama. Macam-macam kerenah pemandu yang boleh dilihat. Jariku pantas menekan butang ‘Play’ di mp3 yang dihadiahkan sempena hari jadiku oleh my sis Ana agar kebosanan itu lenyap…lagu ‘Hampa’ nyanyian Rem dan Hetty Sarlene kedengaran…layan…

Tidak putus asa...

Seronok jugak seakan-akan berkelah di balkoni sambil ditemani oleh bunyi-bunyi enjin kereta (yang menggantikan bunyi kicauan burung dan deruan ombak pantai) dan sayup kedengaran suara guard yang agak keterlaluan kuatnya. Berbekalkan segelas milo panas aku lepak duduk di balkoni berlapikkan kain batik emak. Sori mak…nanti shuhadah basuh ek…:)

Masih…

Jam menunjukkan pukul 1.44 pagi 46 saat…aku masih di balkoni…di kala itu, macam2 yang bermain di fikiranku. Betul atau tidak perbuatanku ini…hanya Tuhan yang tahu betapa aku mengharapkan ‘sesuatu’ itu…

Tapi ia jelas…pengharapan itu suatu penyeksaan…sayup kedengaran tangisan hatiku ini…kini aku mengalah...aku redha…

: out : 12.39 a.m.

Monday, June 22, 2009

Petikan...Sebuah Kehidupan...

Petikan dari blog seorang kakak yang bernama Ana...

semuanya kerana...ayah.

Ayah sakit...
Benar, kita sudah diajar untuk mempersiapkan diri dari segi wang dan kebendaan andai suatu hari kelak kita berhadapan dengan situasi kecemasan. tapi, kita selalu lupa untuk mempersiapkan diri dari segi mental dan emosi. dan, itulah yang gua alami saat ayah diduga dengan penyakitnya. pada malam kejadian, gua sendiri mengaku betapa gua lemah berhadapan dengan keadaan itu. cuma, pada mula ayah sakit, gua dah rasa sayu hati melihatkan sekujur tubuh ayah yang terbaring longlai di atas katil. gua cuba untuk mengendahkan yang di depan mata kerana gua tak nak ikutkan sangat emosi lemah gua sebagai seorang anak. yang lebih penting, tak nak nampak lemah kat depan mak & ayah. my tears are the last thing the should see. Bagaimanapun, pada malam itu, gua tewas berperang dengan kelemahan emosi diri.

gua gagal.
sangat gagal.



saat mata ayah terbuka luas, namun kaku... mulutnya terkumat-kamit menyebut nama Allah, tangannya menggenggam lemah tangan gua... saat iutlah juga gua layak diisytiharkan sebaga insan yang gagal. gagal mengawal emosi!

barangkali juga ketika itu, darah bugis yang mengalir dalam badan gua sudah tidak berfungsi lagi.

yang jelas, melihatkan bagaimana tabahnya abangah gua mengucapkan perlahan kalimah suci Allah di telinga ayah, gua rasa kagum. dan, rasa kagum itu sedikit sebanyak membantu minda dan emosi untuk kembali berada di landasan asal.

pada masa itu juga, gua berdoa dalam hati... sekiranya Kau wahai Tuhanku ingin mengambil semula ayahku ke sisiMu, ambillah dia dalam keadaan yang tenang dan damai. aku redha, Ya Allah!

mak yang sedari awal setia duduk di sisi katil ayah sangat tenang wajahnya. walaupun masih ada tangis, tapi mak sangat tenang.

adik gua... meraung di ruang tamu, tanpa henti! esakan tangisnya itu bagaimanapun tidak sedikitpun menghalangnya untuk menghubungi saudara-mara, jiran tetangga dan tentunya ambulans untuk datang ke rumah. tuturnya terluah yang mana termampu. she's a very sensitive lady, that's for sure. tapi gua tahu, adik gua yang satu itu mampu berhadapan dengan semua ini. anyone can count on her with no doubt.
sedang ruang tamu dan bilik ayah dipenuhi dengan jiran tetangga dan sahabat handai ayah mengalunkan irama indah surah Yassin, jiwa gua kembali tenang. sehinggalah ambulans tiba dan pegawai perubatan PPUM memberikan bantuan sebaik mungkin, akhirnya ayah kembali sedar.

gua bersyukur pada yang maha Esa kerana masih memberi peluang kepada gua dan keluarga untuk mencorak kenangan-kenangan baru bersama ayah. InsyaAllah.

umur ayah masih panjang... abang bersama isteri dan anak-anaknya juga masih sempat bertemu dengan ayah. begitu juga dengan akak dan keluarganya yang datang all the way dari Terengganu.

Alhamdulillah...sesungguhnya, Engkaulah Yang Maha Mengetahui segalanya. Engkaulah yang menghidupkan dan mematikan. Engkaulah Yang Maha Esa.

Subhanallah...

kepada semua teman-teman yang turut sama bersengkang mata (pada malam itu dan hari-hari berikutnya) menghantar SMS & pesanan di facebook bertanyakan perkembangan ayah dari semasa ke semasa, terima kasih yang tidak terhingga.

seperkara yang gua pasti, kini gua tahu bahawa di keliling ini, ada ramai teman-teman di kala susah.

jujurnya, sebelum ini, fikir gua...perkataan 'teman' itu sendiri tidak pernah wujud. justeru, yang gua pernah fikir itu sudah berubah.

(meskipun pada waktu ini, gua masih layak digelar manusia gagal kerana masih belum bersedia untuk sebarang kemungkinan itu.)

Day 1 (3 Jun 2009) - Unit Kecemasan & Trauma PPUM (11.30 pm)

ayah sudah kembali sedar. dia sudah mampu mengenali anak-anaknya. namun, keadaan ayah sangat lemah. menurut doktor, kandungan gula dalam darah ayah hampir tiada iaitu hanya 1.6. itu yang menyebabkan keadaan ayah kritikal. pada masa yang sama, ayah mempunyai masalah jantung dan tekanan darah tinggi.

Day 2 (4 Jun 2009) - Katil 14, Tingkat 9, Wad Nefrologi PPUM (4.00 pm)

keadan ayah semakin stabil tapi ayah demam. bantuan oksigen diperlukan untuk pernafasan. pemeriksaan rapi masih diperlukan. tekanan darah ayah normal, namun doktor suspek ayah mengalami masalah pada buah pinggangnya dan batu karang. ayah gagal mengawal pembuangan air kecilnya. dari semasa ke semasa, air kencing ayah perlu disukat. selera makan ayah masih kurang. ayah juga mengalami masalah lemah daya ingatan, selain batuk berdarah. paginya, saudara-mara dari Johor tiba untuk melihat keadaan ayah di hospital.

Day 3 (5 Jun 2009) - Katil 14, Tingkat 9, Wad Nefrologi PPUM

demam ayah beransur pulih. tapi, ayah perlu menjalani ujian untuk mengesan penyakit tibi. selera makan ayah masih kurang. kami perlu paksa ayah makan untuk pastikan kandungan gula dalam darah ayah normal. air kencing ayah masih perlu disukat. pada masa yang sama, gua dimaklumkan adik gua yang rumah kami dimasuki pencuri. kena pecah masuk. (hari ini juga adalah ulang tahun adik gua).

Day 4 (6 Jun 2009) - Katil 14, Tingkat 9, Wad Nefrologi PPUM

ayah mengalami masalah pendengaran. perlu bertutur dengan kuat untuk memastikan ayah dengar setiap apa yang dituturkan. air kencing ayah masih perlu disukat. selera makan tidak berubah.

Day 5 (7 Jun 2009) - Katil 14, Tingkat 9, Wad Nefrologi PPUM

gua tidak dapat menjaga ayah pada waktu pagi & tengahari kerana perlu ke One Utama, ada assignment. menjelang petang hingga jam 8.00 malam, barulah gua berada di sisi ayah. keadaan ayah semakin stabil berbanding hari-hari sebelumnya. menurut doktor, ayah tidak perlu lagi menggunakan bantuan oksigen untuk pernafasan. air kencing perlu disukat. ujian tibi sudah keluar, ayah bebas daripada penyakit itu. pada hari ini juga, salah seorang pesakit di situ meninggal dunia.

Day 6 (8 Jun 2009) - Katil 14, Tingkat 9, Wad Nefrologi PPUM

gua perlu berkerja hari ini memandangkan sudah lama mengambil cuti. abangah berkorban dan setia menjaga ayah di hospital. terima SMS daripada abangah...pesakit yang ditempatkan di hadapan katil ayah pula meninggal dunia. menjelang waktu rehat tengahari, gua bergegas ke Subang Jaya untuk mengambil mak & akak (juga anak2nya) untuk ke hospital menemani ayah. teman ofis gua: diana & yus juga sudi meluangkan masa melawat ayah. terima kasih banyak-banyak. menjelang jam 2.30 petang, gua bergegas kembali ke ofis. lewat petangnya, gua diberitahu bahawa katil ayah dipindahkan ke katil 8. selepas waktu kerja, gua kembali ke hospital untuk mengambil mak & akak (juga anak2nya) pulang ke Subang Jaya.

Day 7 (9 Jun 2009) - Katil 8, Tingkat 9, Wad Nefrologi PPUM

abang mengambil alih tugas abangah untuk menjaga ayah. dimaklumkan, ayah dibenarkan keluar wad hari ini. Alhamdulillah, ayah sudah pulang ke rumah pada petangnya.

pada hari keempat gua menjaga ayah di hospital, gua sempat melayan ayah berbual.



antara yang ayah kata: masa untuk ayah pergi dah nak dekat. lepas ni, kalau ayah sihat, ayah cuma boleh hantar mak pergi pasar, tapi ayah akan duduk dalam kereta je. kat luar tu ada banyak perkara-perkara yang membawa kepada dosa. terlalu banyak cerita-cerita yang melekakan. ayah kena sentiasa berada dalam keadaan berwuduk sebab masanya dah nak tiba.

tidak lama kemudian, ayah terlelap. kali ini ayah lelap lama. tapi, ayah ada mengingau sejenak. berkerut-kerut dahinya. dalam hati, gua takut seandainya terpaksa mempamerkan ciri-ciri gagal dalam diri. gua tidak mahu menangis pada waktu itu.

p/s: terima kasih kepada Dr. Jasmine & Dr. Kong dan staff nurses di wad nefrologi PPUM yang bertugas merawat dan menjaga ayah sepanjang tujuh hari ayah di sana. buat semua kakitangan (tidak termasuk para doktor) di Unit Kecemasan & Trauma PPUM pula, mungkin anda semua perlu kembali mempelajari adab sopan seorang manusia.

Saturday, June 20, 2009

Kehidupan...episod 3

>