Saturday, August 15, 2009

Selamat Ulang tahun!!

12 Ogos 2009 yang lepas...



Genap umur mak 59 tahun (maaf kat kek tulis '60'). Kami sekeluarga meraikannya di Eimans Tomyam House di TTDI..walaupun bukan tepat pada tarikh kerana masing2 mempunyai masa free yang berlainan tetapi kelewatan meraikan masih berada dalam mood yang happening..seronok sangat malam itu.

Bergegas dari ofis dalam pukul 6.00 petang ke rumah untuk menyiapkan diri. Menunggu Ana yang tiba lebih kurang 8.00 malam untuk membawaku dan abangah ke restoran. Sementara Ayah, Mak dan Abang bersama isteri dan anak2 sedaraku datang menyusur terus ke restoran. Sebelum itu aku sudah pun menempah tempat di Eimans restoran. Alhamdulillah, tempat masih kosong untuk kami sekeluarga.

Cukup sekeluarga berkumpul (kecuali kakakku Liza kerana berada Terengganu - tetapi masih menelefon kami bertanya kemeriahan itu).

Selepas memesan menu, kami memulakan aktiviti memotong kek yang telah ditaja khas oleh abangah (thank you bro). Pesan abangah "Jangan makan banyak2, nanti menu yang dipesan tadi tak termakan pulak". Sekadar cukup syarat sahaja. Lebih kurang 15 minit menunggu, makanan pun tiba untuk kami yang menunggu dengan penuh kelaparan...ahaks...

Berbekalkan doa dari ayah tercinta, kami menjamu dengan penuh tenang...Sempat aku mengabdikan foto2 yang memang setiap tahun menjadi yearly celebration untuk kedua parentsku.

SELAMAT HARI LAHIR buat ibuku yang tercinta...moga dipanjangkan umurnya dengan diberkati penuh kebaikan. Teringat betapa berat perjuanganmu saat melahirkan anakmu ini 24 tahun yang lalu. Mengingatkanku, bahwa itu semua tidak akan terganti. Semoga kasih sayang Allah melingkupi hidupmu dalam kehidupan dunia dan kehidupan akhirat nanti...InsyaAllah..

Terima kasih ibuku,
Atas segalanya...
Hanya doa tulus dan pengharapan terbaik...
Untuk engkau, ibuku sayang...

Salam.

: out : 12.23 a.m.

No comments: