
Alhamdulillah...hari ini, sudah masuk 4 hari umat Islam meraikan Hari Raya Aidilfitri yang penuh dengan kegembiraan dan kesyahduan. Aku juga tidak ketinggalan menyambutnya dengan gembira walaupun tahun ini sekali lagi aku beraya di Subang Jaya. Pengalaman beraya di Bandar jauh berbeza beraya di kampung halaman, dan aku berharap agar ramadhan yang akan datang dapatlah aku merasa beraya di kampungku (Insyaallah, jika umurku panjang)...
Pagi raya, seperti biasa, bermaaf-maafan episod wajib dalam kehidupan. Pagi sebelum menunggu orang masjid datang, aku bermaaf-maafan dengan keluargaku...paling syahdu sewaktu memeluk mak, kak Aishah dan kakakku, Ana kerana tahun ini, episod 'Kehidupanku' diperhatikan oleh mereka dan dengan mereka jugalah aku berkongsi cerita gembira, sedih dan segalanya. Raya pertama, ramai yang datang. Sedara mara, kawan2 serta ofismate2 abangku. Meriah seketika rumahku dipenuhi tetamu.
Selepas solat Zohor, aku menghilangkan diri ke Seremban berjumpa dengan seseorang (hanya dia tahu)...ingin benar aku berjumpa dengannya sekaligus beraya bersamanya...mungkin itu kali terakhir aku berjumpanya, kerana sesi bersama tamat akhirnya. Terima kasih 'Ibu' kerana selama ini tak jemu2 memberiku nasihat (yang jarang aku ikut), memberiku semangat (yang selalu aku bawa)...aku hargai segalanya...Alhamdulillah, sepanjang aku berulang-alik ke Seremban, tiada kejadian buruk yang berlaku. Terima kasih mendoakan perjalananku...
Lusa, aku kembali bekerja...kembali dengan rutin harian setelah seminggu cuti beraya. "Sabtu pun awak keje ke?" Tanya seorang hamba Allah...yela sayang...dah aritu Ada start cuti ari Jumaatkan...keje balik ari Jumaat la". Sekembalinya aku bekerja nanti, aku berharap agar ke'bz'anku nanti sedikit sebanyak dapat menolongku meninggalkan kisah-kisah lama yang akan ku bawa dalam kenangan yang aku pasti tak akan melupakannya. Ya, aku akan bz menjawab panggilan telefon, menghantar sebut harga, berjumpa client dan sekali-sekala akanku sibukkan diriku dengan meng'facebook', update tagged, meng'update' blog dan juga chit chat di ym, skype dan fb.
Selera...
Memandangkan Hari Raya mewajibkan diriku untuk menjamu segala selera yang ada, maka beratku yang sedaya upaya aku memaintainkannya semasa bulan puasa naik sedikit (tak banyak pun, naik 1 kg je)...tapi still...ahaks...jadinya, aku akan mula sekali lagi untuk memaintainkan beratku kembali asal...Insyaallah...Bolos saja dinding itu...heheh...
Sisa-sisa 'hari' yang tinggal ini akanku habiskan dengan keindahan. Yang hepi2 je...sebelum segalanya berakhir...
p/s: Kepada rakan2, sahabat handai serta ofismate (lama & baru), jemput datang ke rumah...tapi call dulu. Nanti bolehlah aku masak ape yang patut, kalau tak makan kuih raya je la jawabnya...hehe
No comments:
Post a Comment