Thursday, October 1, 2009

Alhamdulillah..

Salam.

Selepas pertemuan itu semalam, kini aku sudah boleh menghembus nafas lega...lega dengan segalanya yang bermain-main difikiranku.  Aku sekarang bebas melakukan apa-apa tanpa perlu menipu, berlakon, malah perbuatan yang terpaksa mencuri-curi.  Semalam, akhirnya masa yang aku tunggu2 telah tiba.  Pertemuan mata bertentang mata, muka bertentang muka, berkongsi rahsia hati.  Aku puas dan sedikit tenang.  

Tidak sia-sia keputusanku untuk berjumpa dengannya.  Dan malam semalam juga aku yakin yang segalanya berjalan dengan lancar.  Alhamdulillah, kami bermaafan antara satu sama lain walau aku yang lebih bersalah tapi niat kami baik..'nawaitu' kami baik.  Perbicaraan itu dilakukan dengan adil sekali.  Walau tidak bertemu bertiga, aku rasa itu sudah cukup untuk menjernihkan air yang hampir keruh...menghubungkan kembali ikatan sahabat yang hampir terlerai..kami masih berkawan...tetap akan berkawan walau apapun terjadi.  Walau semalam masih ade air jernih jatuh di pipi.

Sepertimana yang aku harapkan daripadanya, 'No more tears after this'..itu harapanku.  Aku sudah pun clearkan segalanya, walaupu tidak semua tapi cukuplah membuat mereka tenang...kerana aku juga ingin tenang.  Tenang dan bebas melakukan segalanya...segalanya yang baik...Insyaallah...

Aku ingin kongsikan kegembiraan ini bersama semua orang...

Aku gembira...:)

: out : 2.30 a.m.

1 comment:

Anonymous said...

terbaik !