Monday, June 22, 2009

Petikan...Sebuah Kehidupan...

Petikan dari blog seorang kakak yang bernama Ana...

semuanya kerana...ayah.

Ayah sakit...
Benar, kita sudah diajar untuk mempersiapkan diri dari segi wang dan kebendaan andai suatu hari kelak kita berhadapan dengan situasi kecemasan. tapi, kita selalu lupa untuk mempersiapkan diri dari segi mental dan emosi. dan, itulah yang gua alami saat ayah diduga dengan penyakitnya. pada malam kejadian, gua sendiri mengaku betapa gua lemah berhadapan dengan keadaan itu. cuma, pada mula ayah sakit, gua dah rasa sayu hati melihatkan sekujur tubuh ayah yang terbaring longlai di atas katil. gua cuba untuk mengendahkan yang di depan mata kerana gua tak nak ikutkan sangat emosi lemah gua sebagai seorang anak. yang lebih penting, tak nak nampak lemah kat depan mak & ayah. my tears are the last thing the should see. Bagaimanapun, pada malam itu, gua tewas berperang dengan kelemahan emosi diri.

gua gagal.
sangat gagal.



saat mata ayah terbuka luas, namun kaku... mulutnya terkumat-kamit menyebut nama Allah, tangannya menggenggam lemah tangan gua... saat iutlah juga gua layak diisytiharkan sebaga insan yang gagal. gagal mengawal emosi!

barangkali juga ketika itu, darah bugis yang mengalir dalam badan gua sudah tidak berfungsi lagi.

yang jelas, melihatkan bagaimana tabahnya abangah gua mengucapkan perlahan kalimah suci Allah di telinga ayah, gua rasa kagum. dan, rasa kagum itu sedikit sebanyak membantu minda dan emosi untuk kembali berada di landasan asal.

pada masa itu juga, gua berdoa dalam hati... sekiranya Kau wahai Tuhanku ingin mengambil semula ayahku ke sisiMu, ambillah dia dalam keadaan yang tenang dan damai. aku redha, Ya Allah!

mak yang sedari awal setia duduk di sisi katil ayah sangat tenang wajahnya. walaupun masih ada tangis, tapi mak sangat tenang.

adik gua... meraung di ruang tamu, tanpa henti! esakan tangisnya itu bagaimanapun tidak sedikitpun menghalangnya untuk menghubungi saudara-mara, jiran tetangga dan tentunya ambulans untuk datang ke rumah. tuturnya terluah yang mana termampu. she's a very sensitive lady, that's for sure. tapi gua tahu, adik gua yang satu itu mampu berhadapan dengan semua ini. anyone can count on her with no doubt.
sedang ruang tamu dan bilik ayah dipenuhi dengan jiran tetangga dan sahabat handai ayah mengalunkan irama indah surah Yassin, jiwa gua kembali tenang. sehinggalah ambulans tiba dan pegawai perubatan PPUM memberikan bantuan sebaik mungkin, akhirnya ayah kembali sedar.

gua bersyukur pada yang maha Esa kerana masih memberi peluang kepada gua dan keluarga untuk mencorak kenangan-kenangan baru bersama ayah. InsyaAllah.

umur ayah masih panjang... abang bersama isteri dan anak-anaknya juga masih sempat bertemu dengan ayah. begitu juga dengan akak dan keluarganya yang datang all the way dari Terengganu.

Alhamdulillah...sesungguhnya, Engkaulah Yang Maha Mengetahui segalanya. Engkaulah yang menghidupkan dan mematikan. Engkaulah Yang Maha Esa.

Subhanallah...

kepada semua teman-teman yang turut sama bersengkang mata (pada malam itu dan hari-hari berikutnya) menghantar SMS & pesanan di facebook bertanyakan perkembangan ayah dari semasa ke semasa, terima kasih yang tidak terhingga.

seperkara yang gua pasti, kini gua tahu bahawa di keliling ini, ada ramai teman-teman di kala susah.

jujurnya, sebelum ini, fikir gua...perkataan 'teman' itu sendiri tidak pernah wujud. justeru, yang gua pernah fikir itu sudah berubah.

(meskipun pada waktu ini, gua masih layak digelar manusia gagal kerana masih belum bersedia untuk sebarang kemungkinan itu.)

Day 1 (3 Jun 2009) - Unit Kecemasan & Trauma PPUM (11.30 pm)

ayah sudah kembali sedar. dia sudah mampu mengenali anak-anaknya. namun, keadaan ayah sangat lemah. menurut doktor, kandungan gula dalam darah ayah hampir tiada iaitu hanya 1.6. itu yang menyebabkan keadaan ayah kritikal. pada masa yang sama, ayah mempunyai masalah jantung dan tekanan darah tinggi.

Day 2 (4 Jun 2009) - Katil 14, Tingkat 9, Wad Nefrologi PPUM (4.00 pm)

keadan ayah semakin stabil tapi ayah demam. bantuan oksigen diperlukan untuk pernafasan. pemeriksaan rapi masih diperlukan. tekanan darah ayah normal, namun doktor suspek ayah mengalami masalah pada buah pinggangnya dan batu karang. ayah gagal mengawal pembuangan air kecilnya. dari semasa ke semasa, air kencing ayah perlu disukat. selera makan ayah masih kurang. ayah juga mengalami masalah lemah daya ingatan, selain batuk berdarah. paginya, saudara-mara dari Johor tiba untuk melihat keadaan ayah di hospital.

Day 3 (5 Jun 2009) - Katil 14, Tingkat 9, Wad Nefrologi PPUM

demam ayah beransur pulih. tapi, ayah perlu menjalani ujian untuk mengesan penyakit tibi. selera makan ayah masih kurang. kami perlu paksa ayah makan untuk pastikan kandungan gula dalam darah ayah normal. air kencing ayah masih perlu disukat. pada masa yang sama, gua dimaklumkan adik gua yang rumah kami dimasuki pencuri. kena pecah masuk. (hari ini juga adalah ulang tahun adik gua).

Day 4 (6 Jun 2009) - Katil 14, Tingkat 9, Wad Nefrologi PPUM

ayah mengalami masalah pendengaran. perlu bertutur dengan kuat untuk memastikan ayah dengar setiap apa yang dituturkan. air kencing ayah masih perlu disukat. selera makan tidak berubah.

Day 5 (7 Jun 2009) - Katil 14, Tingkat 9, Wad Nefrologi PPUM

gua tidak dapat menjaga ayah pada waktu pagi & tengahari kerana perlu ke One Utama, ada assignment. menjelang petang hingga jam 8.00 malam, barulah gua berada di sisi ayah. keadaan ayah semakin stabil berbanding hari-hari sebelumnya. menurut doktor, ayah tidak perlu lagi menggunakan bantuan oksigen untuk pernafasan. air kencing perlu disukat. ujian tibi sudah keluar, ayah bebas daripada penyakit itu. pada hari ini juga, salah seorang pesakit di situ meninggal dunia.

Day 6 (8 Jun 2009) - Katil 14, Tingkat 9, Wad Nefrologi PPUM

gua perlu berkerja hari ini memandangkan sudah lama mengambil cuti. abangah berkorban dan setia menjaga ayah di hospital. terima SMS daripada abangah...pesakit yang ditempatkan di hadapan katil ayah pula meninggal dunia. menjelang waktu rehat tengahari, gua bergegas ke Subang Jaya untuk mengambil mak & akak (juga anak2nya) untuk ke hospital menemani ayah. teman ofis gua: diana & yus juga sudi meluangkan masa melawat ayah. terima kasih banyak-banyak. menjelang jam 2.30 petang, gua bergegas kembali ke ofis. lewat petangnya, gua diberitahu bahawa katil ayah dipindahkan ke katil 8. selepas waktu kerja, gua kembali ke hospital untuk mengambil mak & akak (juga anak2nya) pulang ke Subang Jaya.

Day 7 (9 Jun 2009) - Katil 8, Tingkat 9, Wad Nefrologi PPUM

abang mengambil alih tugas abangah untuk menjaga ayah. dimaklumkan, ayah dibenarkan keluar wad hari ini. Alhamdulillah, ayah sudah pulang ke rumah pada petangnya.

pada hari keempat gua menjaga ayah di hospital, gua sempat melayan ayah berbual.



antara yang ayah kata: masa untuk ayah pergi dah nak dekat. lepas ni, kalau ayah sihat, ayah cuma boleh hantar mak pergi pasar, tapi ayah akan duduk dalam kereta je. kat luar tu ada banyak perkara-perkara yang membawa kepada dosa. terlalu banyak cerita-cerita yang melekakan. ayah kena sentiasa berada dalam keadaan berwuduk sebab masanya dah nak tiba.

tidak lama kemudian, ayah terlelap. kali ini ayah lelap lama. tapi, ayah ada mengingau sejenak. berkerut-kerut dahinya. dalam hati, gua takut seandainya terpaksa mempamerkan ciri-ciri gagal dalam diri. gua tidak mahu menangis pada waktu itu.

p/s: terima kasih kepada Dr. Jasmine & Dr. Kong dan staff nurses di wad nefrologi PPUM yang bertugas merawat dan menjaga ayah sepanjang tujuh hari ayah di sana. buat semua kakitangan (tidak termasuk para doktor) di Unit Kecemasan & Trauma PPUM pula, mungkin anda semua perlu kembali mempelajari adab sopan seorang manusia.

No comments: