Monday, June 29, 2009

…Always put yourself in another's shoes. If you feel that it hurts you, it probably hurt that person too…

Understanding…

Dalam kata bahasa melayunya ‘Memahami’…

Ya…Memahami pasangan adalah salah satu kunci kebahagiaan. Bagi pendapatku, tanpa ‘kunci’ itu, kita tidak boleh membuka pintu untuk ke fasa seterusnya.

Nape?tak percaya ke?...(baca dalam nada sengau :))

Saling memahami penting bukan sahaja dalam satu perhubungan malah dalam satu kehidupan seharian. Apa yang inginku tekankan disini ialah memahami dari sudut pasangan kekasih.
Fahami diri kekasih kita. Sekiranya kita mengajak si Dia keluar, makan bersama atau pergi menonton wayang dan sebagainya, dan si Dia menjawab “tak nak”, “tak mahu”, biarkanlah si Dia. Maksud biarkan itu adalah, jangan dipaksa-paksa dan fahami kenapa si Dia menjawab demikian. Adakah si Dia sedang sibuk dengan urusan lain? Atau si Dia ada masalah lain? Mungkin…

Aku dah diajar sejak kecil lg…jika kita mahu orang lain memahami diri kita, make sure kita pun memahami orang lain. If bende tu kita leh buat, secara automatiknya org lain pun leh buat perkara yang sama…Insyaallah…tu pun kalau diorang punyai perasaan faham-memahami dan bertolak ansur…

Cakap pasal bertolak ansur, mengingatkan aku dekat seorang kawan baik kepada kawan baikku yang suatu masa dulu pernah menasihatiku ketika aku dilanda masalah. Katanya, setiap lautan, akan ada pasang surut airnya. Begitulah juga dalam berpasangan. Tidak dinamakan berpasangan sekiranya tiada sedikit salah faham atau pertelingkahan. Dia menasihati diriku agar aku seharusnya bertolak ansur dan menurunkan sedikit ego. Jangan mengharapkan si Dia bertolak ansur dulu, tapi, andalah yang perlu mulakan. Jangan biarkan pertelingkahan itu berlanjutan kerana ia ibarat seperti ‘kanser’. Semakin dibiarkan, semakin parah jadinya…

p/s: Thanks my friend for all this support and advise…Untuk pengetahuan semua, kawanku ini telahpun selamat diijabkabulkan bersama yang tersayang setelah hampir 6 tahun mereka mengharungi perhubungan sebagai kekasih.

Aku menambah…dalam memahami dan bertolak ansur, perlu juga mempunyai keikhlasan kerana kalau x ikhlas nak fahami dan bertolak ansur akan jadi tak berkat sesuatu perhubungan tu dan pendapatku juga perhubungan yang dibina itu tentunya mempunyai tujuan sama ada ianya buruk@baik dan semuanya terletak pada nawaitu masing2...namun, apabila nawaitu kedua2 belah pihak adalah baik dan ikhlas, perhubungan yang di bina akan lebih bertahan lama berbanding keikhlasan yg diberikan dari sebelah pihak sahaja…

kesimpulannya, fikirkan perasaan orang lain jika kita juga ingin orang lain memikirkan perasaan kita…sewies…hehe

Okla…banyak sangat aku dok merepek tengah malam ni…before aku bermimpi di alam tido let me finish my word with this quote yang aku sematkan dari dulu, kini, sekarang dan selamanya which is…

…Always put yourself in another's shoes. If you feel that it hurts you, it probably hurt that person too…

: out : 12.48 a.m.

Sunday, June 28, 2009

So mean...



...When you were born, you were crying and everyone around you was smiling...live your life so that when you die, you're smiling and everyone around you is crying... - by Margo Polo.
: out : 8.25 p.m.

Friday, June 26, 2009

Tentang Seseorang...


Teruntukmu hatiku
ingin ku bersuara
Merangkai semua tanya
imaji yang terlintas
Berjalan pada satu
tanya selalu menggangguku
Seseorang, itukah dirimu kasih

Kepada yang tercinta
inginnya ku mengeluh
Semua resah didiri
mencari jawab pasti

Akankah, seseorang
yang ku impikan kan hadir
Raut halus
menyelimuti jantungku

Cinta hanyalah cinta
hidup dan mati untukmu
mungkinkah semua tanya
kau yang jawab
Dan tentang seseorang
itu pula dirimu
ku bersumpah akan mencinta

Ade Stylelah!!!!


The way u walk...
The way u drive...
The way u get in da car...

so style!!!....

and...

u know the rest of my words...hehehehe

Thursday, June 25, 2009

U’ve Got That Scroll!!!!

Mesti seronok kalau dapat celebrate hari konvo bersama ibu-bapa tercinta…tapi apakan daya…kali ini ayah dan mak tak dapat nak hadir meraikan bersama sebab ayah sakit time aku konvo…aku sangat berharap agar konvo kali ini dapat bergambar bersama mak dan ayah tercinta tapi harapanku masih tidak kesampaian…sob..sob…

Laaa….ni apsal lak ni….tajuk bukan main hepi lagi…tapi duk citer bende sedey-sedey!!!

Ok2…well…walau mak n ayah x dapat datang at least abangah still ade untuk temankan adik dier sorang ni…:)…

Selepas solat subuh aku dah bersemangat bersiap2…yela…mne x sabar…nak g terima ‘sesuatu’ yang mana hampir 3 tahun aku mencarinya…lagi2 nak pakai baju baru ni!!!hehe…(Thanks sbb pilihkan Ada kain ni:)).

Tepat pukul 6.20 pagi aku sampai di UiTM…sunyi je…aku rasa aku orang yang pertama sekali yang sampai. Ni bukan bersemangat ni…ni beriya…haha…selang 15 minit barulah nampak muka kawan2ku datang menuju ke arahku…wah…rindu bangat sama mereka. Kami mengambil masa hampir sejam untuk bersiap padahal sarung aje jubah tu tapi…di sebabkan kami ni kaum hawa, segalanya harus kemas. Bak kata orang ‘From head to toe’. Kalau lah aku dapat kira berapa jarum peniti yang aku cucukkan tak kiralah di tudung ke…di mortar board ke…mahupun di jubah. Penuh dengan jarum peniti. Sebelum orang gelak kat aku baik aku cari jalan penyelesaian. Yela…buatnye dekat atas pentas tu nanti, duk tengah catwalk nak amik scroll…jatuh plak mortar board ni…tak ke malu…huhu…mintak simpang…



Selesai siap berjubah kami diarahkan untuk beratur mengikut nombor giliran…214…that’s my number…sedikit demi sedikit kami berjalan menuju ke pintu masuk diiringi dengan lagu yang memang sudah bertahun lamanya di mainkan setiap kali istiadat konvokesyen berlangsung. Mataku mencari abangah…tapi sehinggalah sampai ke pintu masuk abangah tidak kelihatan. Kesian dia…kena amik half day untuk teman aku…but don’t wori bro…I’ve fulfill my promise rite to sent u to ur office…weeee...

Sorang-sorang di panggil naik ke pentas yang penuh bermakna itu…sehinggalah sampai giliranku…senak perut nak tunggu namaku dipanggil bagaikan sebelum ini aku tidak pernah mengalami situasi seperti ini.

“Tunggu kat ‘x’ sampai nama dipanggil baru jalan” pesan pegawai yang bertugas yang kami pernah gelarkannya ‘Abg Q’…hehe…

“Nurshuhadah binti Hamid”

Dengan penuh keyakinan aku berjalan menuju ke tengah pentas untuk menerima skroll ijazahku. Satu dewan melihat keyakinanku…bangga seketika…masa ini jugalah membayangkan mak dan ayah berada di bawah melihat anaknya menerima segulung ijazah yang bukan sahaja hasil titik peluh ku tapi juga berkat doa mak dan ayah yang tak pernah putus mendoakan agar anaknya ini berjaya. Terima kasih mak…ayah….!!!!...Apa yang Shuhadah dapat ni khas untuk kalian….hatiku sempat berbisik. Sedang elok aku berjalan menuju ke tempat dudukku, kelihatan seorang lelaki berdiri ditengah-tengah orang ramai sambil melambai-lambai ke arahku…Abangah!!!...tanpaku sedari airmataku jatuh…terharu melihat abangahku yang telah menggantikan tempat duduk mak dan ayah. Lantas tanpa fikir panjang aku juga membalas lambaiannya dengan penuh semangat.

Setelah lagu Negaraku dinyanyikan, maka berakhirlah istiadat konvokesyen pada hari itu. Dewan Sri Budiman di gegarkan dengan sorakan gemuruh para graduan. Tanpa membuang masa, aku bergegas keluar dari dewan untuk bertemu dengan abangahku. Sebelum sempat aku menjumpai abangah, kelihatan dari jauh rakan2 ofisku yang turut hadir meraikan hariku yang penuh bermakna ini. Orang pertama yang aku nampak ialah sis Mass…terus aku menuju ke arahnya. Kelihatan disitu juga Cupi, Sheera, Zam, Aky n his friend. Thanks guys!!! Coz sudi spent ur time for this beautiful moment!!! Dalam pada masa yang sama aku tercari2 seseorang…(biarlah rahsia)…aku pasti dia datang sebab aku pegang janji dia!!!...

“Yang lain kat atas” kata sis Mass.

Aku masih mencari kelibat abangahku. Masih tak nampak dia. Manalah abangahku pergi ni. Berpinar mataku mencari. Jariku masih tidak putus asa untuk menghubungi abangahku tapi masih gagal dihubungi.

Tahniah!!! Ucapan daripada Abang razin, Abang Bali, Abang Zul, Abdullah dan King. Hatiku cukup gembira dengan kehadiran mereka. Lantas, aku menerima sejambak bunga hadiah daripada warga nasyeed.com. Abang Zul juga tidak ketinggalan memberiku teddy bear yang sangat cute.



Mana abangah? Tolehanku tepat sekali dimana kelihatan abangahku sedang menungguku di tempat kami lepak seawal pagi itu. Terus aku mendapatkannya untuk berkongsi kegembiraan ini. Ku salam dan kucium tangannya. Tahniah!!...ucap abangah…nampak air bertakung di kelopak matanya. Aku pasti itu adalah air mata kegembiraan. Dia juga sempat membelikanku sejambak bunga yang terlalu istimewa. Terima kasih semua!!! Sempat aku memperkenalkan abangah dengan rakan ofis. Kami tidak putus2 bergambar sakan bersama agar dapat disimpan sebagai kenangan suatu hari nanti…itu pasti…:)…Tidak ketinggalan, Lah, King dan juga Aky masing-masing sempat juga membeli teddy bear kecil untukku…biar kecil guys sebab kedatangan korang is the BIG present I got!!!



Thanks to all yang sudi datang bersama aku meraikan hari yang sangat istimewa itu. For the very special person…abangah…thanks for spending ur time for ur youngest sister. I will never forget all those sacrifices. For mak and ayah…sepanjang anakmu ini berada di dunia, kalian tidak pernah putus mendoakan kejayaanku. Sukar untuk aku membalas jasa2 kalian. Mungkin dengan segulung Ijazahku ini dapat membuktikan kesungguhanku dan juga dapat membalas jasa kalian...Insyaallah…

: out : 10.25 p.m.

Tuesday, June 23, 2009

Malam itu…

21 Jun 2009...
Mimpi itu mimpi ngeri...

Ya Allah…aku bermohon padaMu agar peristiwa seperti malam itu tidak terjadi lagi…seperti aku bermimpi ngeri…mimpi yang amat ngeri…setiap kali aku teringat akan peristiwa itu…perasaan marah bercampur benci tiba…seolah-olah aku mengharapkan sesuatu yang tak pasti…seolah-olah aku seperti seorang pelakon yang berlatih seorang diri untuk dramanya…

Di balkoni…

Sunyi…sepi…hanya kedengaran bunyi kereta yang mungkin ingin atau baru pulang ke rumah untuk menatap anak dan isteri yang menanti kepulangan mereka. Sesekali hon kereta berbunyi menunjukkan ketidakpuasan hati sesetengah pemandu jalan raya yang agak mementingkan diri sendiri. Kedengaran juga bunyi siren ambulans yang meminta laluan agar nyawa yang dibawa dapat diselamatkan. Bunyi siren itu mengingatkan aku kembali kepada satu peristiwa di mana ayahku dikejarkan ke hospital. Di saat itu, airmataku jatuh tanpa disedari…mengingati semula peristiwa itu…amat menyedihkan dan menakutkan.

Tidak lama kemudian, perasaan bosan menyelubungi hatiku…tatkala itu, jam telah menunjukkan pukul 12.34 pagi…tersenyum sendiri kerana tidak menyangka hampir lebih 3 jam aku berada di balkoni…aku leka melihat kereta yang keluar masuk melalui pintu masuk utama. Macam-macam kerenah pemandu yang boleh dilihat. Jariku pantas menekan butang ‘Play’ di mp3 yang dihadiahkan sempena hari jadiku oleh my sis Ana agar kebosanan itu lenyap…lagu ‘Hampa’ nyanyian Rem dan Hetty Sarlene kedengaran…layan…

Tidak putus asa...

Seronok jugak seakan-akan berkelah di balkoni sambil ditemani oleh bunyi-bunyi enjin kereta (yang menggantikan bunyi kicauan burung dan deruan ombak pantai) dan sayup kedengaran suara guard yang agak keterlaluan kuatnya. Berbekalkan segelas milo panas aku lepak duduk di balkoni berlapikkan kain batik emak. Sori mak…nanti shuhadah basuh ek…:)

Masih…

Jam menunjukkan pukul 1.44 pagi 46 saat…aku masih di balkoni…di kala itu, macam2 yang bermain di fikiranku. Betul atau tidak perbuatanku ini…hanya Tuhan yang tahu betapa aku mengharapkan ‘sesuatu’ itu…

Tapi ia jelas…pengharapan itu suatu penyeksaan…sayup kedengaran tangisan hatiku ini…kini aku mengalah...aku redha…

: out : 12.39 a.m.

Monday, June 22, 2009

Petikan...Sebuah Kehidupan...

Petikan dari blog seorang kakak yang bernama Ana...

semuanya kerana...ayah.

Ayah sakit...
Benar, kita sudah diajar untuk mempersiapkan diri dari segi wang dan kebendaan andai suatu hari kelak kita berhadapan dengan situasi kecemasan. tapi, kita selalu lupa untuk mempersiapkan diri dari segi mental dan emosi. dan, itulah yang gua alami saat ayah diduga dengan penyakitnya. pada malam kejadian, gua sendiri mengaku betapa gua lemah berhadapan dengan keadaan itu. cuma, pada mula ayah sakit, gua dah rasa sayu hati melihatkan sekujur tubuh ayah yang terbaring longlai di atas katil. gua cuba untuk mengendahkan yang di depan mata kerana gua tak nak ikutkan sangat emosi lemah gua sebagai seorang anak. yang lebih penting, tak nak nampak lemah kat depan mak & ayah. my tears are the last thing the should see. Bagaimanapun, pada malam itu, gua tewas berperang dengan kelemahan emosi diri.

gua gagal.
sangat gagal.



saat mata ayah terbuka luas, namun kaku... mulutnya terkumat-kamit menyebut nama Allah, tangannya menggenggam lemah tangan gua... saat iutlah juga gua layak diisytiharkan sebaga insan yang gagal. gagal mengawal emosi!

barangkali juga ketika itu, darah bugis yang mengalir dalam badan gua sudah tidak berfungsi lagi.

yang jelas, melihatkan bagaimana tabahnya abangah gua mengucapkan perlahan kalimah suci Allah di telinga ayah, gua rasa kagum. dan, rasa kagum itu sedikit sebanyak membantu minda dan emosi untuk kembali berada di landasan asal.

pada masa itu juga, gua berdoa dalam hati... sekiranya Kau wahai Tuhanku ingin mengambil semula ayahku ke sisiMu, ambillah dia dalam keadaan yang tenang dan damai. aku redha, Ya Allah!

mak yang sedari awal setia duduk di sisi katil ayah sangat tenang wajahnya. walaupun masih ada tangis, tapi mak sangat tenang.

adik gua... meraung di ruang tamu, tanpa henti! esakan tangisnya itu bagaimanapun tidak sedikitpun menghalangnya untuk menghubungi saudara-mara, jiran tetangga dan tentunya ambulans untuk datang ke rumah. tuturnya terluah yang mana termampu. she's a very sensitive lady, that's for sure. tapi gua tahu, adik gua yang satu itu mampu berhadapan dengan semua ini. anyone can count on her with no doubt.
sedang ruang tamu dan bilik ayah dipenuhi dengan jiran tetangga dan sahabat handai ayah mengalunkan irama indah surah Yassin, jiwa gua kembali tenang. sehinggalah ambulans tiba dan pegawai perubatan PPUM memberikan bantuan sebaik mungkin, akhirnya ayah kembali sedar.

gua bersyukur pada yang maha Esa kerana masih memberi peluang kepada gua dan keluarga untuk mencorak kenangan-kenangan baru bersama ayah. InsyaAllah.

umur ayah masih panjang... abang bersama isteri dan anak-anaknya juga masih sempat bertemu dengan ayah. begitu juga dengan akak dan keluarganya yang datang all the way dari Terengganu.

Alhamdulillah...sesungguhnya, Engkaulah Yang Maha Mengetahui segalanya. Engkaulah yang menghidupkan dan mematikan. Engkaulah Yang Maha Esa.

Subhanallah...

kepada semua teman-teman yang turut sama bersengkang mata (pada malam itu dan hari-hari berikutnya) menghantar SMS & pesanan di facebook bertanyakan perkembangan ayah dari semasa ke semasa, terima kasih yang tidak terhingga.

seperkara yang gua pasti, kini gua tahu bahawa di keliling ini, ada ramai teman-teman di kala susah.

jujurnya, sebelum ini, fikir gua...perkataan 'teman' itu sendiri tidak pernah wujud. justeru, yang gua pernah fikir itu sudah berubah.

(meskipun pada waktu ini, gua masih layak digelar manusia gagal kerana masih belum bersedia untuk sebarang kemungkinan itu.)

Day 1 (3 Jun 2009) - Unit Kecemasan & Trauma PPUM (11.30 pm)

ayah sudah kembali sedar. dia sudah mampu mengenali anak-anaknya. namun, keadaan ayah sangat lemah. menurut doktor, kandungan gula dalam darah ayah hampir tiada iaitu hanya 1.6. itu yang menyebabkan keadaan ayah kritikal. pada masa yang sama, ayah mempunyai masalah jantung dan tekanan darah tinggi.

Day 2 (4 Jun 2009) - Katil 14, Tingkat 9, Wad Nefrologi PPUM (4.00 pm)

keadan ayah semakin stabil tapi ayah demam. bantuan oksigen diperlukan untuk pernafasan. pemeriksaan rapi masih diperlukan. tekanan darah ayah normal, namun doktor suspek ayah mengalami masalah pada buah pinggangnya dan batu karang. ayah gagal mengawal pembuangan air kecilnya. dari semasa ke semasa, air kencing ayah perlu disukat. selera makan ayah masih kurang. ayah juga mengalami masalah lemah daya ingatan, selain batuk berdarah. paginya, saudara-mara dari Johor tiba untuk melihat keadaan ayah di hospital.

Day 3 (5 Jun 2009) - Katil 14, Tingkat 9, Wad Nefrologi PPUM

demam ayah beransur pulih. tapi, ayah perlu menjalani ujian untuk mengesan penyakit tibi. selera makan ayah masih kurang. kami perlu paksa ayah makan untuk pastikan kandungan gula dalam darah ayah normal. air kencing ayah masih perlu disukat. pada masa yang sama, gua dimaklumkan adik gua yang rumah kami dimasuki pencuri. kena pecah masuk. (hari ini juga adalah ulang tahun adik gua).

Day 4 (6 Jun 2009) - Katil 14, Tingkat 9, Wad Nefrologi PPUM

ayah mengalami masalah pendengaran. perlu bertutur dengan kuat untuk memastikan ayah dengar setiap apa yang dituturkan. air kencing ayah masih perlu disukat. selera makan tidak berubah.

Day 5 (7 Jun 2009) - Katil 14, Tingkat 9, Wad Nefrologi PPUM

gua tidak dapat menjaga ayah pada waktu pagi & tengahari kerana perlu ke One Utama, ada assignment. menjelang petang hingga jam 8.00 malam, barulah gua berada di sisi ayah. keadaan ayah semakin stabil berbanding hari-hari sebelumnya. menurut doktor, ayah tidak perlu lagi menggunakan bantuan oksigen untuk pernafasan. air kencing perlu disukat. ujian tibi sudah keluar, ayah bebas daripada penyakit itu. pada hari ini juga, salah seorang pesakit di situ meninggal dunia.

Day 6 (8 Jun 2009) - Katil 14, Tingkat 9, Wad Nefrologi PPUM

gua perlu berkerja hari ini memandangkan sudah lama mengambil cuti. abangah berkorban dan setia menjaga ayah di hospital. terima SMS daripada abangah...pesakit yang ditempatkan di hadapan katil ayah pula meninggal dunia. menjelang waktu rehat tengahari, gua bergegas ke Subang Jaya untuk mengambil mak & akak (juga anak2nya) untuk ke hospital menemani ayah. teman ofis gua: diana & yus juga sudi meluangkan masa melawat ayah. terima kasih banyak-banyak. menjelang jam 2.30 petang, gua bergegas kembali ke ofis. lewat petangnya, gua diberitahu bahawa katil ayah dipindahkan ke katil 8. selepas waktu kerja, gua kembali ke hospital untuk mengambil mak & akak (juga anak2nya) pulang ke Subang Jaya.

Day 7 (9 Jun 2009) - Katil 8, Tingkat 9, Wad Nefrologi PPUM

abang mengambil alih tugas abangah untuk menjaga ayah. dimaklumkan, ayah dibenarkan keluar wad hari ini. Alhamdulillah, ayah sudah pulang ke rumah pada petangnya.

pada hari keempat gua menjaga ayah di hospital, gua sempat melayan ayah berbual.



antara yang ayah kata: masa untuk ayah pergi dah nak dekat. lepas ni, kalau ayah sihat, ayah cuma boleh hantar mak pergi pasar, tapi ayah akan duduk dalam kereta je. kat luar tu ada banyak perkara-perkara yang membawa kepada dosa. terlalu banyak cerita-cerita yang melekakan. ayah kena sentiasa berada dalam keadaan berwuduk sebab masanya dah nak tiba.

tidak lama kemudian, ayah terlelap. kali ini ayah lelap lama. tapi, ayah ada mengingau sejenak. berkerut-kerut dahinya. dalam hati, gua takut seandainya terpaksa mempamerkan ciri-ciri gagal dalam diri. gua tidak mahu menangis pada waktu itu.

p/s: terima kasih kepada Dr. Jasmine & Dr. Kong dan staff nurses di wad nefrologi PPUM yang bertugas merawat dan menjaga ayah sepanjang tujuh hari ayah di sana. buat semua kakitangan (tidak termasuk para doktor) di Unit Kecemasan & Trauma PPUM pula, mungkin anda semua perlu kembali mempelajari adab sopan seorang manusia.

Saturday, June 20, 2009

Kehidupan...episod 3

>