Wednesday, October 14, 2009

Welcome again!!...my new born baby!!


Saya sudah ade blog br..yey!!!my new born baby!!...hanya 'orang2' tertentu sahaja yang tau..knape? yes! untuk mengelakkan perkara2 yang perlu dielakkan..kerana meng'delete' dan meng'edit' tidak akan berlaku lagi...ahaks!!..blog kali ini pasal diri saya, family, kengkawan juga si dia...:)

Free and easy!!:)

jom kita ke blog....????...tet....hihi


Friday, October 2, 2009

Thanks!





Mee Bandung Kering...All the best!!...Ade hikmah disebaliknya...trust me k...

Salam...-end-

Thursday, October 1, 2009

Selamat Tinggal...





Salam.

Post di bawah ini adalah post terakhir dariku untuk 'Cerita Tentang Aku'.  Berhenti menulis bukan bermaksud aku kalah, aku cuma mahu tinggalkan dunia blogging ini buat seketika...Insyaallah aku akan kembali tetapi di entri yang lain...bila?..masih tidak dapatku jawab...

Sedih...benar...kerana blog inilah menggantikan tempat sahabatku tempat aku meluahkan dan berkongsi apa jua. Menjadi medium kedua pengganti sahabat.  Tetapi bilamana setiap post yang aku draftkan akan menimbulkan masalah aku jadi serik..serik untuk segalanya...ya..ini blogku.  Bak kata seseorang 'Blog ni xde standard sirim sesiapa'...benar...tapi aku masih melakukan sesuatu itu demi kebahagian orang lain.  Aku hampir hilang 'privacy' untuk blog ini.  Untuk itu, biarlah aku berhenti seketika sehingga suatu masa nanti..itu pasti...aku akan kembali...

Aku mohon maaf jikalau sekiranya sepanjang aku meng'post' segalanya telah membuat orang yang membacanya sedih, terasa, kecewa atau apa2 jua perasaan.  Aku hanya ingin meluahkannya tiada niat lain.

Insyaallah, Blog 'Cerita Tentang Aku' akan disambung semula oleh keturunanku kelak...Suatu Masa Nanti...Itu Pasti...Kisah kehidupanku akan aku riwayatkan di tempat yang lain......

Selamat tinggal 'CERITA TENTANG AKU'....air jernih masih tidak henti menitis...

Salam.

: 4.00 : a.m.

Alhamdulillah..

Salam.

Selepas pertemuan itu semalam, kini aku sudah boleh menghembus nafas lega...lega dengan segalanya yang bermain-main difikiranku.  Aku sekarang bebas melakukan apa-apa tanpa perlu menipu, berlakon, malah perbuatan yang terpaksa mencuri-curi.  Semalam, akhirnya masa yang aku tunggu2 telah tiba.  Pertemuan mata bertentang mata, muka bertentang muka, berkongsi rahsia hati.  Aku puas dan sedikit tenang.  

Tidak sia-sia keputusanku untuk berjumpa dengannya.  Dan malam semalam juga aku yakin yang segalanya berjalan dengan lancar.  Alhamdulillah, kami bermaafan antara satu sama lain walau aku yang lebih bersalah tapi niat kami baik..'nawaitu' kami baik.  Perbicaraan itu dilakukan dengan adil sekali.  Walau tidak bertemu bertiga, aku rasa itu sudah cukup untuk menjernihkan air yang hampir keruh...menghubungkan kembali ikatan sahabat yang hampir terlerai..kami masih berkawan...tetap akan berkawan walau apapun terjadi.  Walau semalam masih ade air jernih jatuh di pipi.

Sepertimana yang aku harapkan daripadanya, 'No more tears after this'..itu harapanku.  Aku sudah pun clearkan segalanya, walaupu tidak semua tapi cukuplah membuat mereka tenang...kerana aku juga ingin tenang.  Tenang dan bebas melakukan segalanya...segalanya yang baik...Insyaallah...

Aku ingin kongsikan kegembiraan ini bersama semua orang...

Aku gembira...:)

: out : 2.30 a.m.