Monday, June 29, 2009

…Always put yourself in another's shoes. If you feel that it hurts you, it probably hurt that person too…

Understanding…

Dalam kata bahasa melayunya ‘Memahami’…

Ya…Memahami pasangan adalah salah satu kunci kebahagiaan. Bagi pendapatku, tanpa ‘kunci’ itu, kita tidak boleh membuka pintu untuk ke fasa seterusnya.

Nape?tak percaya ke?...(baca dalam nada sengau :))

Saling memahami penting bukan sahaja dalam satu perhubungan malah dalam satu kehidupan seharian. Apa yang inginku tekankan disini ialah memahami dari sudut pasangan kekasih.
Fahami diri kekasih kita. Sekiranya kita mengajak si Dia keluar, makan bersama atau pergi menonton wayang dan sebagainya, dan si Dia menjawab “tak nak”, “tak mahu”, biarkanlah si Dia. Maksud biarkan itu adalah, jangan dipaksa-paksa dan fahami kenapa si Dia menjawab demikian. Adakah si Dia sedang sibuk dengan urusan lain? Atau si Dia ada masalah lain? Mungkin…

Aku dah diajar sejak kecil lg…jika kita mahu orang lain memahami diri kita, make sure kita pun memahami orang lain. If bende tu kita leh buat, secara automatiknya org lain pun leh buat perkara yang sama…Insyaallah…tu pun kalau diorang punyai perasaan faham-memahami dan bertolak ansur…

Cakap pasal bertolak ansur, mengingatkan aku dekat seorang kawan baik kepada kawan baikku yang suatu masa dulu pernah menasihatiku ketika aku dilanda masalah. Katanya, setiap lautan, akan ada pasang surut airnya. Begitulah juga dalam berpasangan. Tidak dinamakan berpasangan sekiranya tiada sedikit salah faham atau pertelingkahan. Dia menasihati diriku agar aku seharusnya bertolak ansur dan menurunkan sedikit ego. Jangan mengharapkan si Dia bertolak ansur dulu, tapi, andalah yang perlu mulakan. Jangan biarkan pertelingkahan itu berlanjutan kerana ia ibarat seperti ‘kanser’. Semakin dibiarkan, semakin parah jadinya…

p/s: Thanks my friend for all this support and advise…Untuk pengetahuan semua, kawanku ini telahpun selamat diijabkabulkan bersama yang tersayang setelah hampir 6 tahun mereka mengharungi perhubungan sebagai kekasih.

Aku menambah…dalam memahami dan bertolak ansur, perlu juga mempunyai keikhlasan kerana kalau x ikhlas nak fahami dan bertolak ansur akan jadi tak berkat sesuatu perhubungan tu dan pendapatku juga perhubungan yang dibina itu tentunya mempunyai tujuan sama ada ianya buruk@baik dan semuanya terletak pada nawaitu masing2...namun, apabila nawaitu kedua2 belah pihak adalah baik dan ikhlas, perhubungan yang di bina akan lebih bertahan lama berbanding keikhlasan yg diberikan dari sebelah pihak sahaja…

kesimpulannya, fikirkan perasaan orang lain jika kita juga ingin orang lain memikirkan perasaan kita…sewies…hehe

Okla…banyak sangat aku dok merepek tengah malam ni…before aku bermimpi di alam tido let me finish my word with this quote yang aku sematkan dari dulu, kini, sekarang dan selamanya which is…

…Always put yourself in another's shoes. If you feel that it hurts you, it probably hurt that person too…

: out : 12.48 a.m.

9 comments:

Anonymous said...

i'm still remember ur word.. but kau telah mungkiri... damn!!!

Anonymous said...

Sori...

artzli Studio said...

jgn beli kasut salah saiz..kalau kaki anda saiz 9 belilah kasut saiz sembilan kalau beli saiz 5 bleh melecet whoo..begitu juga kalau kawan anda berkaki saiz 5 jgn sekali kali cuba merembat kasut beliau...ye itulah maksud sebenar cerita ini..haha hebatnya aku..

Nurshuhadah Hamid said...

So funny...

Anonymous said...

setakat tengok kasut yang cantik kat mata tapi tak sesuai kat kaki...bahaye juger. Melecet kaki whoo..lelagi kalau rembat kawannyer kasut kan?tak ko kene rembat..kaki ko kene potong. Jadi belilah selipar jamban di mydin..selamat membeli!!

Anonymous said...

kasut sendiri besar tp nak pakai kasut kawan yang kecik, dah tau melecet tp nak pakai gak.. tak boleh nak kata ape la.. heh

Anonymous said...

tu cari penyakit namanya....

angel_akiera said...

cerita pasal kasutar..wedges,boot,sporty shoes,high heels..?me..?den prefer sandal..sonang. Kita sarung saja..

Nurshuhadah Hamid said...

Saya setuju dengan orang diatas..hii...kalu tersadung pun x patah pape pun...ahaks...:)