Thursday, June 25, 2009

U’ve Got That Scroll!!!!

Mesti seronok kalau dapat celebrate hari konvo bersama ibu-bapa tercinta…tapi apakan daya…kali ini ayah dan mak tak dapat nak hadir meraikan bersama sebab ayah sakit time aku konvo…aku sangat berharap agar konvo kali ini dapat bergambar bersama mak dan ayah tercinta tapi harapanku masih tidak kesampaian…sob..sob…

Laaa….ni apsal lak ni….tajuk bukan main hepi lagi…tapi duk citer bende sedey-sedey!!!

Ok2…well…walau mak n ayah x dapat datang at least abangah still ade untuk temankan adik dier sorang ni…:)…

Selepas solat subuh aku dah bersemangat bersiap2…yela…mne x sabar…nak g terima ‘sesuatu’ yang mana hampir 3 tahun aku mencarinya…lagi2 nak pakai baju baru ni!!!hehe…(Thanks sbb pilihkan Ada kain ni:)).

Tepat pukul 6.20 pagi aku sampai di UiTM…sunyi je…aku rasa aku orang yang pertama sekali yang sampai. Ni bukan bersemangat ni…ni beriya…haha…selang 15 minit barulah nampak muka kawan2ku datang menuju ke arahku…wah…rindu bangat sama mereka. Kami mengambil masa hampir sejam untuk bersiap padahal sarung aje jubah tu tapi…di sebabkan kami ni kaum hawa, segalanya harus kemas. Bak kata orang ‘From head to toe’. Kalau lah aku dapat kira berapa jarum peniti yang aku cucukkan tak kiralah di tudung ke…di mortar board ke…mahupun di jubah. Penuh dengan jarum peniti. Sebelum orang gelak kat aku baik aku cari jalan penyelesaian. Yela…buatnye dekat atas pentas tu nanti, duk tengah catwalk nak amik scroll…jatuh plak mortar board ni…tak ke malu…huhu…mintak simpang…



Selesai siap berjubah kami diarahkan untuk beratur mengikut nombor giliran…214…that’s my number…sedikit demi sedikit kami berjalan menuju ke pintu masuk diiringi dengan lagu yang memang sudah bertahun lamanya di mainkan setiap kali istiadat konvokesyen berlangsung. Mataku mencari abangah…tapi sehinggalah sampai ke pintu masuk abangah tidak kelihatan. Kesian dia…kena amik half day untuk teman aku…but don’t wori bro…I’ve fulfill my promise rite to sent u to ur office…weeee...

Sorang-sorang di panggil naik ke pentas yang penuh bermakna itu…sehinggalah sampai giliranku…senak perut nak tunggu namaku dipanggil bagaikan sebelum ini aku tidak pernah mengalami situasi seperti ini.

“Tunggu kat ‘x’ sampai nama dipanggil baru jalan” pesan pegawai yang bertugas yang kami pernah gelarkannya ‘Abg Q’…hehe…

“Nurshuhadah binti Hamid”

Dengan penuh keyakinan aku berjalan menuju ke tengah pentas untuk menerima skroll ijazahku. Satu dewan melihat keyakinanku…bangga seketika…masa ini jugalah membayangkan mak dan ayah berada di bawah melihat anaknya menerima segulung ijazah yang bukan sahaja hasil titik peluh ku tapi juga berkat doa mak dan ayah yang tak pernah putus mendoakan agar anaknya ini berjaya. Terima kasih mak…ayah….!!!!...Apa yang Shuhadah dapat ni khas untuk kalian….hatiku sempat berbisik. Sedang elok aku berjalan menuju ke tempat dudukku, kelihatan seorang lelaki berdiri ditengah-tengah orang ramai sambil melambai-lambai ke arahku…Abangah!!!...tanpaku sedari airmataku jatuh…terharu melihat abangahku yang telah menggantikan tempat duduk mak dan ayah. Lantas tanpa fikir panjang aku juga membalas lambaiannya dengan penuh semangat.

Setelah lagu Negaraku dinyanyikan, maka berakhirlah istiadat konvokesyen pada hari itu. Dewan Sri Budiman di gegarkan dengan sorakan gemuruh para graduan. Tanpa membuang masa, aku bergegas keluar dari dewan untuk bertemu dengan abangahku. Sebelum sempat aku menjumpai abangah, kelihatan dari jauh rakan2 ofisku yang turut hadir meraikan hariku yang penuh bermakna ini. Orang pertama yang aku nampak ialah sis Mass…terus aku menuju ke arahnya. Kelihatan disitu juga Cupi, Sheera, Zam, Aky n his friend. Thanks guys!!! Coz sudi spent ur time for this beautiful moment!!! Dalam pada masa yang sama aku tercari2 seseorang…(biarlah rahsia)…aku pasti dia datang sebab aku pegang janji dia!!!...

“Yang lain kat atas” kata sis Mass.

Aku masih mencari kelibat abangahku. Masih tak nampak dia. Manalah abangahku pergi ni. Berpinar mataku mencari. Jariku masih tidak putus asa untuk menghubungi abangahku tapi masih gagal dihubungi.

Tahniah!!! Ucapan daripada Abang razin, Abang Bali, Abang Zul, Abdullah dan King. Hatiku cukup gembira dengan kehadiran mereka. Lantas, aku menerima sejambak bunga hadiah daripada warga nasyeed.com. Abang Zul juga tidak ketinggalan memberiku teddy bear yang sangat cute.



Mana abangah? Tolehanku tepat sekali dimana kelihatan abangahku sedang menungguku di tempat kami lepak seawal pagi itu. Terus aku mendapatkannya untuk berkongsi kegembiraan ini. Ku salam dan kucium tangannya. Tahniah!!...ucap abangah…nampak air bertakung di kelopak matanya. Aku pasti itu adalah air mata kegembiraan. Dia juga sempat membelikanku sejambak bunga yang terlalu istimewa. Terima kasih semua!!! Sempat aku memperkenalkan abangah dengan rakan ofis. Kami tidak putus2 bergambar sakan bersama agar dapat disimpan sebagai kenangan suatu hari nanti…itu pasti…:)…Tidak ketinggalan, Lah, King dan juga Aky masing-masing sempat juga membeli teddy bear kecil untukku…biar kecil guys sebab kedatangan korang is the BIG present I got!!!



Thanks to all yang sudi datang bersama aku meraikan hari yang sangat istimewa itu. For the very special person…abangah…thanks for spending ur time for ur youngest sister. I will never forget all those sacrifices. For mak and ayah…sepanjang anakmu ini berada di dunia, kalian tidak pernah putus mendoakan kejayaanku. Sukar untuk aku membalas jasa2 kalian. Mungkin dengan segulung Ijazahku ini dapat membuktikan kesungguhanku dan juga dapat membalas jasa kalian...Insyaallah…

: out : 10.25 p.m.

4 comments:

Anonymous said...

Congratz.. tercari² seseorang.. wow.. siapakah gerangannya?? :)

Nurshuhadah Hamid said...

Putera Bunian...the one who wear white cap at Final Mu'min...:)

artzli Studio said...

mistik betul...nasib baik masa final tu duk sorg2 kat ofis..lagi mistik sebenarnya kat ofis tu..nasib baik xde org berpakaian putih..haha

Anonymous said...

i'm the ghost...