Saturday, September 12, 2009

Tenang...


Mata ini tak mau lelap..jadi aku mengisi kekosongan ini sebelum bersiap ke kerja dengan menaip satu post yang menggambarkan diriku sekarang...tatkala ini aku tenang...

Seperti biasa setiap kali selepas menunaikan solat subuh, aku akan mengalunkan surah Yasin yang penuh dengan makna dan maksud tersendiri. Ya, inilah peluang aku untuk mendekatkan hati dengan lebih rapat lagi dengan Allah s.w.t. Hati sayu berbaur tenang tatkala membaca ayat demi ayat surah itu. Ingat lagi petikan nasihat daripada orang yang banyak memberiku semangat dan juga ketenangan, “Dekatkan diri kita pada-Nya” Tetapi, mengapa pabila punyai masalah barulah kita ingat pada-Nya? Itulah manusia, waktu senang lupakan-Nya dan pabila punyai masalah barulah mencari-Nya…Jiwaku tenang seketika…hatiku terusik setiap kali selepas membaca surah itu. Tika ini terkenang saat manis aku waktuku membaca Yasin berjemaah di ofis lamaku. Kami seperti sebuah keluarga yang amat besar yang penuh dengan kasih-sayang. Tika ini juga aku sempat mengimbau kembali kali terakhir kami membaca Yasin di rumahku (20 Ogos 2009) dan itulah juga kali terakhir aku membaca Yasin bersama mereka. Berbekalkan hanya sebuah Yasin kami berkongsi berenam (gadis NC) sementara menunggu yang lain tiba. Perasaanku sangat pilu tika itu.

Malam jumaat itu, rumahku meriah seketika dengan kedatangan warga NC (gadis2, bos bersama isteri, ustaz, abg razin, abg bali, Abbas dan King). Sejurus selepas membaca Yasin dan berjemaah isya', warga NC disajikan dengan pelbagai juadah yang sempat ibuku sediakan. Terima kasih mak. Terima kasih juga kepada rakan ofisku, Sheera yang juga membawa kek untuk dikongsikan bersama. Malam itu juga, sempat aku meraikan sambutan terakhir yang cukup indah dan penuh dengan unexpected things bersama seseorang. Walaupun badan letih tapi masih ade daya untuk keluar.

Lagi seminggu umat Islam akan menyambut hari lebaran. Begitu juga aku. Tapi persiapan untuk menyambutnya belum sedikit pun kelihatan. Baju, kasut, tudung, segalanya masih belum ku sediakan. Last2 minit je la..kalu tak berkesempatan, pakai aje ape yang ade..huhu..tema juga belum kufikirkan lagi. Aku harap lebaran kali menjanjikan sesuatu perubahan dan memberiku sedikit kekuatan untuk segalanya...hanya aku yang tau...

Salam Lebaran!!!

: out : 6.15 a.m.

No comments: