Wednesday, July 15, 2009

Outing bersama gadis NC



Sesekali keluar beramai-ramai memang menyeronokkan…itulah gambaran yang sedang bermain di fikiranku tatkala ini selepas semalam masa dikongsikan bersama gadis NC menonton movie di pawagam.

Aku, Sis Mas, Sheera dan Zam (Cupi tidak ikut serta) membawa diri ke Cineleisure Damansara…

Cerita yang ditonton berbeza dengan jiwaku kali ini…memberanikan diri menonton cerita hantu lagi2 hantu Indonesia…memang agak ngeri kalau diikutkan…meremang bulu roma sebaik sahaja cerita bermula…


Mati Suri...(Koma)


Cerita ni mengisahkan seorang wanita (Abel) di dalam dilema di atas kekecewaan dengan tunangnya menyebabkan wanita itu ingin membunuh diri (memakan ubat tidur)...Jalan cerita ini agak complicated...kena btol2 faham sebabnya semua kisah yang menghantui dirinya terjadi sepanjang beliau koma. Abel telah sedar dari koma semasa dia koma...haa...btol tak cakap aku cerita ni pelik tapi best wo...Sepanjang Abel koma, banyak kisah-kisah seram terjadi kat dia...sampaikan aku tak terlarat nk tulis kisah-kisah itu...haha...

Mesti tengok!!hehe...

Memang best…itu yang boleh di komen…tak sia2 aku mengajak gadis2 NC menontonnya bersamaku…benar cerita itu amat menyeramkan…tapi yang lucunya, kadang-kadang perasaan tidak takut menjadi takut disebabkan jeritan Sheera yang duduk disebelahku yang lebih kuat daripada effect movie itu…bukan terperanjat dek sound effect tapi sound effect suara jeritan batinku oleh Sheera yang memeranjatkanku…hehe…


Selepas pratonton movie itu berakhir, kami menyimpan memori indah gadis2 NC di The Street di luar kompleks Cineleisure. Aku menyemadikan saat-saat indah ini bersama mereka sebaiknya. Sisa-sisa hariku bersama mereka inginku jadikan kenangan terindah yang benar tidak dapat dilupakan sampai bila-bila…u guys rocks!!!thanks!!!...

Sewaktu dalam perjalanan pulang, masing-masing kelihatan keletihan…Sis Mass, Sheera dan Zam hampir terlena…aku yang pada mulanya mengantuk terpaksa menghiburkan hati sendiri lalu aku menekan butang ‘Play’ di mp3…lagu Khatimah Cinta nyanyian Sixth Sense dimainkan…tersenyum sendirian…

Apa yang dapat aku kongsikan disini adalah keseronokan pada malam itu akan aku ingat sampai bila-bila walaupun pada mulanya moodku kurang baik. Tapi aku dihiburkan dengan kerenah mereka yang akhirnya mood yang kurang baik itu menjadi ceria dengan cepatnya…mungkin apa yang aku coretkan ini telah menjadi kebiasaan segelintir pihak tetapi berbeza denganku…manakan tidak…mungkin selepas ini aku tidak mempunyai peluang untuk ‘berfoya-foya’ bersama mereka. Masing-masing akan sibuk dengan rutin harian…begitu juga denganku…sibuk memikirkan tentang masa depan…argghhhh…malas nak pikir buat masa sekarang…yang penting, sisa-sisa hariku ini penuh dengan kegembiraan dan ke’enjoy’an…


Mungkin selepas ini giliran 'Outing bersama teruna NC’ pula…Insyaallah…







: out : 2.29 a.m.

1 comment:

Anonymous said...

huh!!